20 persoalan asas sebelum membeli emas

Artikel ini asalnya dari ebook 5 minit review tentang emas oleh mentor emas dan kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Semoga Allah memberkahi ilmu beliau.

20 PERSOALAN ASAS PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBELI EMAS

1. Mana lebih untung; ASB, Tabung Haji atau beli emas?

Ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%. Kalau untuk jangka panjang, simpan emas lebih untung. Purata kenaikan harga emas sekitar 10.6% setahun sejak 10 tahun lepas. Lepas tolak kos susut nilai & zakat, untungnya sekitar 8% – 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%). Belum tolak inflasi 4%. Cek sejarah harga emas di Malaysia di http://bit.ly/webbnm (web BNM).

Harga emas naik secara purata 9.90% sejak 2001 (dalam USD). Menurut pakar kewangan Azizi Ali, kadar 10% +/- itu dianggap satu pulangan bagus untuk pelaburan.

2. Apa emas yang bagus untuk pelaburan di Malaysia?

(1) Public Gold, (2) Kijang Emas, (3) UOB Bank dan (4) Kuwait Finance House. Selain empat jenama ini, ada banyak lagi, tapi ini yang paling berkredibiliti.

 3. Adakah jaminan harga emas sentiasa naik?

Tak ada jaminan. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia sentiasa naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai at least dalam tempoh SETAHUN. Paling baik 2 – 3 tahun.

Sejarah harga emas 10 tahun. Kenaikan sekitar 420% dalam nilai USD. Selepas berlaku kejatuhan dari 2013 – 2015, harga emas mulai trend menaik sejak 2016. Ia peluang yang baik untuk membeli.

4. Apa keuntungan simpan emas?

Dari sudut simpanan;

(1) Elak kebocoran wang. Duit simpanan lebih bertahan lama jika disimpan dalam bentuk emas.

(2) Nilainya bertahan dari ketidaktentuan ekonomi & politik. Nilainya kekal walaupun berlaku krisis ekonomi, duit ringgit (RM) jatuh, ataupun berlaku peperangan. Emas adalah DUIT SEBENAR dan terbukti sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

(3) Selamat dari penyusutan kuasa beli. Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang sebab KUASA BELINYA KEKAL. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun.

Zaman Nabi, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram). Hari ni, nilai 1 dinar sekitar RM800, juga cukup untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi.

5. Di mana nak semak harga emas semasa? Di mana boleh saya beli emas?

Emas bukan barang kawalan. Harga emas berbeza-beza antara setiap pengeluar
sebab kos pengeluaran mereka berbeza, dan kadar keuntungan juga berbeza.
Anda boleh cek harga emas di website setiap pengeluar:

6. Jenama emas apa terbaik untuk pelaburan di Malaysia?

Apa jenama pun tak kisah. Tetapi kalau beli dengan tujuan menjual pada harga lebih tinggi pada masa akan datang, kena pastikan 5 kriteria ini:

1. Harga per gram rendah.
2. Spread / susut nilai nipis – supaya cepat nikmati keuntungan.
3. Stok tiada had – terutamanya bila harga tengah rendah.
4. Cawangan jual beli banyak – supaya memudahkan urusan.
5. Jaminan beli balik – bila kita nak jual nanti.

Setakat pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang dibeli, senang dijual dan paling penting, untung maksimum bila jual balik;

1. Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas.
2. Spread antara yang terendah di Malaysia.
3. Ada 18 cawangan & dealer banyak seluruh Malaysia.
4. Stok tiada had.
5. Public Gold jamin beli balik emas tu bila kita nak jual.

7. Berapa modal paling minimum untuk beli emas?

Anda boleh mula dengan item sekecil gold bar 1 gram (bajet bawah RM250).
Kalau modal besar, boleh beli gold bar lebih besar atau coin dinar.

8. Bila nak pakai duit, di mana boleh saya jual balik emas tu?

Emas tu boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Ia confirm laku. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tapi kalau nak dapat HARGA TERTINGGI, jual di tempat di mana anda membelinya. Kalau beli Kijang Emas, jual balik kepada Maybank. Kalau emas Public Gold, jual terus di office Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau emas Poh Kong, jual kepada Poh Kong.

Kalau nak guna duit sekejap untuk rolling, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan PINJAMAN. Caj sebenar pajakan sekitar 1.15% sebulan atau 13.85% setahun dari nilai pinjaman.

9. Berbaloi tak buat pinjaman untuk beli emas ?

Saya tak galakkan beli emas dengan duit pinjaman sebab harga emas ada turun naik. Emas lebih sesuai dibeli dengan duit simpanan. Kalau masih ada hutang negatif seperti kad kredit, fokus langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi beli emas sebab caj kad kredit (interest 18% setahun) lebih mahal dari potensi
keuntungan kenaikan harga emas.

10. Bagaimana cara jana keuntungan dengan emas?

(1) Beli dan Simpan – Jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 – 3 tahun. Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar kepada bentuk emas. Jual hanya bila nak pakai duit. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke tahun dimakan inflasi.

(2) Beli, Jual, Beli, Jual – Jadikan emas sebagai alat untuk „trading‟ macam saham. Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ulang proses ni secara kerap. Untuk kenalpasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi, kena tahu sedikit sebanyak tentang Analisis Teknikal Harga Emas. Saya syorkan hadir seminar Analisis Teknikal dianjurkan oleh En. Shufaad (http://www.shufaad.com). Secara jujurnya, teknik ni tak semudah
teori. Cabarannya lebih kurang mereka yang bermain di pasaran saham.

(3) Berniaga Sambil Simpan Emas – Cara paling cepat untung dengan emas ialah berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga naik, tapi peniaga emas untung lebih besar walaupun harga emas turun. Dengan platform Public Gold, penyimpan emas boleh jana keuntungan besar walaupun secara sambilan sebab dealer mempunyai 7
sumber keuntungan. Boleh baca di http://azizizakaria.com/7-sebab-keuntungan-dan-kelebihan-menjadi-dealer-public-gold/

11. Sesuai tak beli barang kemas untuk pelaburan?

Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan, ia lebih sesuai untuk perhiasan. Kalau untuk pelaburan, paling baik ialah gold bar atau syiling dinar sahaja. Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab pekedai emas akan tolak susut nilainya sekitar 25% – 30% daripada harga semasa. Harganya juga lebih mahal sekitar 15% per gram berbanding emas berbentuk gold bar dan dinar. Itu belum kira kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.

Barang kemas perhiasan kurang sesuai untuk pelaburan sebab (1) harga lebih mahal (2) ada kos upah dan spreadnya tinggi, iaitu sekitar 25% – 30%. (3) dikenakan GST 6%.

12. Macam mana dengan zakat emas?

Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar) dan di simpan dalam tempoh cukup setahun (haul). Barang kemas yang dipakai pun kena zakat kalau lebih uruf setempat. Di KL, urufnya 150 gram.
Detail, boleh rujuk www.zakat.com.my.

13. Ok tak kalau masuk Skim Pelaburan Emas yang janji dapat income bulan-bulan?

Pelaburan emas tiada “pendapatan” bulanan / tahunan seperti dividen ASB dsb. Kalau ada yang menjanjikan “pendapatan”, itu adalah scam (penipuan) dan money game (skim cepat kaya)! Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas yang menjanjikan (1) pulangan tetap dan (2) pulangan tak masuk akal i.e. keuntungan lebih 15% setahun. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikalnya. Beli emas, pastikan dapat emas, bukan dapat RESIT, SURAT PAJAK atau ada syarat TEMPOH MATANG untuk dapatkan emasnya!

14. Di mana tempat simpan emas paling baik?

Kalau sikit, simpan di rumah. Tapi kena kreatif. Yang penting, jangan simpan dalam almari sebab itu sasaran utama pencuri. Kalau banyak, takut tak lena tidur dan lebih tenang tinggalkan rumah, simpan di Safe Deposit Box di bank,
ataupun syarikat swasta. Sewaan sekitar RM100 – RM550 setahun bergantung pada saiz kotak/box. 

Simpan emas dalam safe deposit box lebih tenang untuk keluar rumah. Boleh sewa Safe Deposit Box (www.rsdb.com.my), iaitu betul-betul di bawah office PG Sunway. Lepas ambil emas, terus simpan dalam safe box. Kalau untuk penyimpan emas biasa, saya boleh syorkan sewa di www.safedepositbox.com.my sebab ia lebih murah.

15. Berbaloi tak simpan emas dalam ar-rahnu?

Tak berbaloi sebab cajnya sangat mahal, mencecah 14% setahun. Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kaedah beli, pajak, beli pajak; risiko sangat besar sedangkan potensi untung sangat kecil. Kalau nak simpan, lebih baik simpan di Safe Deposit Box.

16. Mana lebih baik, buka AKAUN EMAS di bank berbanding beli EMAS FIZIKAL?

Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh rolling emas tu dengan cara dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk apa-apa tujuan menguntungkan.

Bank yang tawarkan Akaun Emas di Malaysia : Maybank, Public Bank, CIMB, UOB Bank, dan Kuwait Finance House (KFH). Setakat ni, cuma KFH bank sahaja disahkan patuh syariah (halal). Alternatif KFH ialah Akaun Emas GAP
keluaran Public Gold (bukan bank) yang juga disahkan patuh syariah.

Public Gold (bukan bank) juga keluarkan produk seperti Akaun Emas KFH tapi dengan ciri- ciri yang lebih baik. Beli emas serendah 1 gram dan simpan dengan Public Gold secara PERCUMA. Tak perlu risau soal di mana nak simpan emas tu. Dan boleh juga keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri. Dapatkan maklumat lanjut di http://bit.ly/maklumatGAP .

17. Apa item terbaik untuk pelaburan? Gold bar atau Dinar?

Gold bar dan dinar sama sahaja dari sudut potensi pelaburan. Secara umumnya, item yang spread / susut nilai paling rendah yang paling untung. Item bersaiz lebih besar seperti gold bar 250 gram (spread 6%) & dan 100 gram (7%)
lebih cepat untung berbanding gold bar 10 gram (9%).

Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai bajet dan matlamat berbeza. Jadi lebih baik dapatkan nasihat dealer berpengalaman untuk kenal pasti item terbaik sesuai dengan BAJET dan MATLAMAT anda membeli emas. Kesilapan memilih item juga boleh merugikan anda.

Untuk pilih item terbaik, dapatkan nasihat dari dealer berpengalaman, dan bagi tahu BAJET & MATLAMAT anda samada; (1) simpan semata-mata? (2) nak jual bila harga naik? (3) jana pendapatan sebagai dealer?

18. Mana lebih untung beli direct di office Public Gold atau melalui dealer?

Sama sahaja dari sudut harganya. Cuma nasihat saya, dapatkan bimbingan dealer sebelum bermula sebab dealer lebih tahu selok belok pelaburan emas.
Untuk pembelian, dealer boleh bantu place order. Nanti, buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas direct dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Itu cara pembelian emas PALING SELAMAT.

Kalau PERTAMA KALI beli emas di office Public Gold, pastikan letak nama dealer yang anda percaya sebagai “Introducer” supaya senang mereka bantu bila anda memerlukan. Kalau nak letak nama saya, berikan Kod PG047225, Azizi Zakaria. Simpan no. ni dalam handphone sekarang untuk mudah buat belian nanti.

19. Di mana cawangan Public Gold terdekat?

Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Boleh cek maklumat lanjut di web www.publicgold.com.my > Where To Buy .

20. Macam mana cara mudah membeli emas Public Gold?

Contact mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya, atau contact saya +6017-346 0604 (wassap, sms, call) atau terus klik link www.wasap.my/60173460604 untuk wassap saya lebih mudah. Saya juga dealer Public Gold yang aktif sejak tahun 2014. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara mudah membeli emas walaupun anda duduk di mana-mana
seluruh Malaysia, Singapore, Brunei atau di Indonesia.

5 SOALAN BONUS

1. Public Gold dapat pengesahan Bank Negara tak?

Public Gold antara syarikat jual beli emas yang telahpun diteliti oleh BNM i.e. menjalankan jual beli emas secara tulen. Bagi BNM, PG bukan syarikat yang menawarkan pelaburan, tapi hanya macam „kedai emas‟ sahaja yang menjalankan aktiviti jual beli emas. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada apa-apa “SKIM PELABURAN” ditawarkan.

2. Apakah risiko pelaburan emas?

Risiko utama ialah kehilangan emas tu sendiri disebabkan kecuaian sendiri. Kedua, harga emas boleh turun dalam jangka pendek. Tak ada jaminan dan tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. Tapi ia tak ada risiko jatuh lingkup macam risiko saham sebab emas sentiasa bernilai sepanjang zaman. Ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

Kalau nak diikutkan risiko, membiarkan duit dalam bentuk wang kertas lebih berisiko sebab ringgit Malaysia pernah jatuh 50% setahun, dan ianya tak pernah berlaku kepada emas.

3. Macam mana nak tahu emas Public Gold tulen ke tak?

Emas PG telahpun diuji ketulenan oleh assayer (penilai) bebas & dikeluarkan bersama sijil ketulenan. Reputasinya yang kukuh ini membuatkan ia diterima untuk pajakan di POS Ar-
Rahnu (www.bit.ly/posarrahnu) tanpa perlu buka seal
dan tanpa perlu test ketulenan!

4. Ada tak emas lain yang lebih murah daripada Public Gold?

Dulu ada tapi sekarang saya rasa tak ada, bila emas di Malaysia dikenakan GST 6%. Kalau dulu, emas Sri Ayu lebih murah daripada Public Gold tetapi bila ditambah GST 6%,
saya rasa Public Gold lebih murah. Saya prefer emas
Public Gold sebab senang beli, senang jual, untung maksimum. (1) Cawangannya banyak, dealernya bersepah seluruh Malaysia, (2) Permintaan tinggi, ia diterima ramai pelabur emas Malaysia, (3) Stok tiada had walaupun masa harga emas jatuh, (4) Harganya bergerak mengikut harga emas dunia, kita boleh buat untung dengan turun naik harga emas, dan paling penting (5) PG jamin akan beli balik emas tu bila kita nak pakai duit.

5. Bila masa terbaik membeli emas? Bila harga emas akan turun?

Masa terbaik membeli ialah bila anda faham apa itu emas, kepentingannya dan keuntungan menyimpannya. Kalau first time, jangan tunggu harga rendah sebab anda tak faham bila harga rendah sebelum buat belian pertama. Tak siapa tahu
“how low is low” dan “how high is high” hatta mereka yang pakar analisis harga emas sekali pun. Jadi, beli dulu at least 1 gram, lepas tu baru monitor harga.

Pengalaman saya, orang yang tunggu harga paling rendah biasanya terpaksa beli pada harga lebih tinggi sebab tak siapa tahu bila harga dikatakan paling rendah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *