5 TIPS MENJUAL EMAS PUBLIC GOLD

Seperti kata Mentor Emas Tuan Mohd Zulkifli Shafie, tempat terbaik untuk menjual emas kita ialah di tempat di mana kita membelinya dahulu. Tetapi sebagai rujukan dan panduan semua, jika anda anda berhasrat untuk menjual kembali emas yang dibeli dari Public Gold, berikut adalah beberapa panduan :

pg-buy1. Paling mudah, jual saja emas itu balik kepada Public Gold kerana Public Gold menjamin akan membeli balik emasnya tidak kira berapa beratnya sekalipun. Bagi dealer pula, tambahan 0.3% daripada harga jualan akan diberi sebagai insentif. Harga yang perlu dirujuk pada website ialah PG BUY. Harga tersebut dikemaskini setiap 20 minit berdasarkan harga emas semasa dunia. Anda boleh juga mengunci harga pada bila-bila masa.

2. Paling untung, jual saja pada sesiapa pun samada secara online atau offline. Ketika itu anda boleh menggunakan harga PG SELL sebagai panduan. Jika kena dengan permintaannya, anda juga boleh menggunakan apa saja harga asalkan dipersetujui oleh pembeli.
3. Paling rugi pula ialah apabila anda menjual emas Public Gold kepada kedai emas kerana susut nilai atau spread yang tinggi ditolak daripada harga jualan emas tersebut. Kedai emas bukanlah tempat yang baik untuk menjual emas Public Gold atau mana-mana jenama emas sekalipun.
4. Paling tidak relevan ialah menjual emas Public Gold kepada bank. Ini kerana biasanya bank hanya akan membeli balik emas keluarannya ataupun dalam kebanyakan kes, bank sebenarnya tidak berminat untuk membeli apa saja jenis emas itu kerana urusniaga membeli emas bukanlah keutamaan bagi bank.
5. Paling malang, anda juga boleh menjual emas milik anda yang digadai dipajak gadai, sekiranya anda gagal untuk menebusnya kembali dalam tempoh yang tertentu. Ini biasa berlaku bagi orang yang menggadai tanpa cukup ilmu emas dan kewangan. Duit pinjaman dihabiskan sedangkan emas yang digadai tidak tertebus. Akhirnya pajak gadai akan melelong emas tersebut untuk membayar balik pinjaman pemilik emas tersebut.
#JualEmas #BuyBack #PublicGold #AziziZakariaDotCom #CelikEmas #TipsBijakEmas
Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *