7 Fungsi Simpan Emas

Emas mempunyai banyak fungsi. Setiap fungsinya bergantung kepada apa niat kita membeli emas dan apa matlamat akhir yang ingin kita capai. Jika kita melihat emas daripada fungsi yang pelbagai ini, maka kita akan menjadi pembeli / pengumpul emas yang tenang.

1. Emas sebagai simpanan.
————————–——————-
Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya. Jika menyimpan dalam bentuk wang, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merudum, naluri kita untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan. Jadi, menyimpan dalam bentuk emas boleh mengelakkan simpanan kita dari bocor.

2. Emas sebagai aset.
————————–———
Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai. Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali. Ternyata emas adalah aset yang mudah alih.

3. Emas sebagai harta.
————————–———–
Emas memang sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama. Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan meningkat. Bila harga emas turun, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah.

 

4. Emas sebagai insuran.
————————–—————
Emas adalah senjata di kala kesusahan. Sebab itu ia boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan anak-anak, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya. Dalam waktu negara ditimpa bencana , Wang sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran. Maka, emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit kerana ia adalah wang sebenar seluruh dunia.

5. Emas sebagai pengubah tabiat buruk.
————————–————————–————-
Ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup. Apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan 1 gram1bulan. Ramai orang tanpa sedar, mula mengumpul sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan mula menggantikan tabiat boros.

6. Emas sebagai sumber zakat.
————————–————————––
Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%. Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat. ekonomi umat islam akan berkembang dengan adanya pembayar zakat dan mampu menjadikan umat sifar kemiskinan..

7. Emas sebagai pengekal kuasa beli.
————————–————————–———
Kuasa beli emas sangat besar. Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan. Tak percaya? Cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.
Malah banyak lagi fungsi emas terhadap manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *