7 Sebab Keuntungan dan Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

pg

(UPDATED OKTOBER 2016)

Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana membaca website azizizakaria.com.

Disini saya terangkan lebih jelas 7 sebab saya menjadi Dealer Public Gold. Dimana semasa saya mula-mula melakukan langkah pertama menyimpan emas ini hanyalah sebagai pelindung aset dan nilai wang simpanan. Saya bermula hanya dengan 2 keping 1 dinar emas PG 916. Selepas saya melihat ramai rakan-rakan, saudara mara dan orang lain yang masih ramai tidak tahu dan tidak nampak potensi pelaburan emas ini, saya mengambil keputusan untuk sharing atau berkongsi dengan sesiapa sahaja ilmu-ilmu berkaitan emas dengan bimbingan mentor saya seperti Mohd Zulkifli Shafie (mohdzulkifli.com), Syukor Hashim (jutawanemas.com), Azizi Ali (rahsiaemas.com). Syarif Jamil (syarifjamil.com) dan beberapa orang lagi sahabat dan mentor.

Semasa saya menjadi dealer, saya telah membeli emas sebanyak RM30,745.00 dan melayakkan saya menjadi Normal Dealer Public Gold. Tetapi dengan promosi yang Public Gold lancarkan pada bulan Oktober 2016 ini, dijangka ramai akan mengambil peluang menjadi dealer emas PG dan mestilah mengikut syarat-syarat yang PG tetapkan.

Apa yang menariknya dengan status sebagai seorang dealer ini, kita boleh manfaatkan kedudukan kita dalam apa jua situasi pasaran harga emas ini samada naik ataupun turun.

“Harga emas naik pun untung, Harga emas turun pun untung!!”gigi-emas1

*Promosi Khas untuk OKTOBER 2016*

1) STUDENT – RM2500.00 GAP

2) BUSINESS OWNER – RM5000.00 GAP

drd-oct

 

7 KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD

KELEBIHAN #1 : KOMISYEN DARIPADA BELIAN EMAS SENDIRI

Untuk bergelar sebagai seorang Normal Dealer, anda perlu buat belian sekurang-kuranya RM 30,000 dalam satu resit dan itu dikira belian pertama anda. Daripada belian pertama ini, anda tidak akan dapat komisyen lagi. Komisyen sebagai dealer akan mula diperolehi daripada belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar komisyent 1%. Kalau buat belian seterusnya RM5000, maksudnya anda dapat komisyen RM50. Tahap komisyen ini boleh meningkat kepada 1.5% dan 2.0% mengikut tahap dealership masing-masing. Beli emas untuk diri sendiri pun sudah dapat komisyen, belum lagi untuk customer yang lain.

KELEBIHAN #2: KOMISYEN DARIPADA JUAL BALIK EMAS SENDIRI

Untuk rasa untung dalam pelaburan emas ini, emas yang ada itu wajiblah dijual balik. Jika item emas itu dijual balik kepada PG, komisyen sebanyak 0.3% akan diperolehi jika anda seorang dealer. Semua tahap dealership menerima komisyen jual balik yang sama iaitu 0.3%.

KELEBIHAN #3: MEMBUKA KEDAI EMAS TANPA PERLUKAN KEDAI

“Kedai” yang diperlukan mungkin kedai makan ataupun kedai maya. Kita boleh manfaatkan alam maya untuk membesarkan legasi business kita. Mereka yang dah mula ada website, blog, seolah-olah mereka BUKA KEDAI sendiri, dan ada premis sendiri dalam internet. Itulah sebab kenapa orang yang mempunyai blog, bisnes mereka agak LONG-LASTING walau apa sahaja situasi harga emas. Dalam banyak-banyak plafrom marketing, secara jujurnya saya boleh katakan BLOG ADALAH MESIN JUALAN paling utama dan ianya percuma.

KELEBIHAN #4: KOMISYEN INTRODUCE PEMBELI

Apabila kita menggunakan medium Facebook/Whatsapp/Telegram/WeChat dan lain2 untuk berkongsi ilmu berkenaan emas ini, akan mula ada rakan-rakan kita yang mula bertanya. Itulah pentingnya ilmu. Sebagai seorang dealer, kita perlu ambil tahu berkaitan ilmu emas ini. Jika kita hanya menjual emas di laman sosial, kita mungkin akan kehilangan kawan, tetapi jika kita bercerita tentang manfaat dan ilmu-ilmu berguna berkaitan emas ini, rakan-rakan kita akan lebih tertarik.

Jadi, apabila mereka ingin membeli emas PG, saya akan ambil tanggungjawab untuk menjadi sebagai INTRODUCER mereka.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing.Sebagai dealer, kita perlu didik customer kita untuk jadi customer yang merdeka. Kita cuma consult dan tolong place order sahaja. Pembeli itu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold berdekatan. Sampai bila-bila sahaja, jika customer kita itu buat belian emas, kita akan dapat komisyen itu. Disinilah kita dapat menjana “passive income”.

KELEBIHAN #5: DAPAT MEMBELI EMAS PADA HARGA DISKAUN

Apabila kita sudah introduce ramai pembeli emas merdeka!!, insyaAllah selepas setahun dan keatas, akan ada pembeli emas yang nak menjual emas itu disebabkan perlu pakai duit. Masa itu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak susut nilai 4.5% – 8.0%.

buyback

Perkara ini disebabkan, jika pembeli itu pergi dan jual kembali kepada PG, PG juga akan buat belian mengikut harga PG BUY. Oleh yang demikian, jika ada customer yang nak jual item mereka, Kita sebagai dealer boleh pertimbangkan untuk beli. Selalunya jika customer itu tinggal berhampiran dengan kita, mereka lebih suka jual dengan kita sebab dapat cash on the spot. Jika jual kepada PG, selepas 24 jam baru PG akan bank in ke dalam akaun kita.

Apabila customer jual emas kepada kita(dealer) dengan harga PG BUY, itu bermaksud kita membeli emas dengan harga tanpa susut nilai. Oleh itu, jika harga emas naik walaupun 6%, kita sudah untung. Mana lebih baik antara ASB,TH atau EMAS? tak perlu kita tunggu setahun untuk dapat untung dividen.

KELEBIHAN #6: BELI EMAS PADA HARGA DISKAUN DAN JUAL (FLIPPING)

Contoh: Customer nak jual 2 Dinar yang dia ada dan kita beli pada harga PG BUY (RM 1000) dan kita pula jual item itu kepada umum dengan harga PG SELL(RM 1080) . Untung RM 80 dalam satu jualan. Kita boleh iklankan kepada customer-customer berdekatan. Mereka juga jimat duit minyak!!

KELEBIHAN #7: KOMISYEN OVERRIDING “DEALER”

Apabila customer kita sudah paham dan tertarik dengan dunia emas ini, mereka akan cuba untuk menjadi dealer. Saya yakin dan percaya, rata-rata rakyat malaysia lebih gemar menyimpan RM di Tabung Haji ataupun ASB. Apabila mereka tahu potensi di dalam bidang emas ini, mereka akan tukar simpanan mereka kepada gold dalam jumlah yang melayakkan mereka menjadi dealer seperti kita.

CONTOH A: Azizi merupakan Normal Dealer yang menjadi introducer kepada Radhi. Radhi berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Belian pertama yang melayakkannya menjadi dealer adalah RM 30000. 1% dari itu (RM 300) akan dibayar oleh PG kepada syarif sebagai komisyen introducer manakala untuk belian kedua dan seterusnya oleh Radhi, Azizi akan dapat komisyen overriding sebanyak 0.1%. Ini adalah kerana, level Azizi dan Radhi adalah sama.

CONTOH B: Azizi merupakan Master Dealer yang menjadi introducer kepada Radhi. Radhi berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Belian pertama yang melayakkannya menjadi dealer adalah RM 30000. 2% dari itu (RM 600) akan dibayar oleh PG kepada Azizi sebagai komisyen introducer manakala untuk belian kedua dan seterusnya oleh Radhi, Azizi akan dapat komisyen overriding sebanyak 1.0%. Ini adalah kerana, level Azizi dan Radhi adalah berbeza.

1-Syarat untuk mengekalkan status DEALERSHIP

11083914_10204124207168978_1152693344214825529_n Apa yg dimaksudkan dengan PERSONAL SALES?

Personal Sales adalah sales yg dibuat oleh anda sendiri(dealer) dan juga sales yang dibuat oleh customer yg didaftarkan oleh anda. Di dalam dunia emas ini, RM10k adalah boleh dikatakan biasa kerana EMAS itu sendiri adalah berharga. 1 Dinar sahaja sudah mencecah RM 7++.00 Oleh itu, jadikan syarat ini sebagai PEMBAKAR SEMANGAT untuk anda terus maju. Insya Allah.

———————————-
Azizi Zakaria 
Authorised Public Gold Dealer (PG047225)
+60173460604 (call/msg/WhatsApp) KL.

Comments

  1. Pingback: *Promosi Khas untuk June 2015* | AziziZakaria.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *