Bila kita dengar sahaja “Akaun Emas”, biasa orang akan tanya soalan yang saya akan kongsikan dibawah:

Ada emas fizikal ke?

Akaun Emas GAP Public Gold sudah semestinya ada fizikal. Bagaimana nak dapat sijil patuh syariah kalau tiada emas fizikal kan.

Jika nanti Public Gold tutup macam mana dengan emas dalam GAP?

Mudah sahaja, penyimpan emas dalam akaun emas GAP boleh pergi ke Public Safe dan boleh tebus emas dalam pegangan kepada pemilik. Hanya bawa Kad Pengenalan dan PG Code sahaja.

Bank ada PIDM, Akaun GAP ada PIDM atau insuran?

Untuk pengetahuan semua, Public Gold bukan bank. Ia adalah syarikat menjual beli emas sahaja sama seperti kedai emas diluar maka ianya tidak dilindungi oleh PIDM. Namun emas di dalam Akaun Emas GAP di insurankan oleh Lonpac Insurance Berhad sehingga RM15 Juta dan akan di tambah mengikut pertambahan simpanan emas.

Namun, jika masih ada kerisauan di dalam hati, kena ambil kira salah satu faktor sebelum membeli produk emas adalah “adakah saya boleh tidur lena bila beli produk tersebut?”

Kalau takut syarikat bangkrap, Maka produk seperti GAP tidak sesuai untuk orang tersebut. Dia perlu pilih produk yg dia boleh tidur lena. Contoh, beli emas fizikal melalui outright purchase dan bawa balik simpan sendiri. Jika rasa di rumah tidak selamat, boleh sewa sekuriti box @ safe deposit box dibank atau 3rd party.

Jika tidak mahu serabut kepala dengan kos sewa safe deposit box, GAP mungkin adalah penyelesaiannya kerana GAP tiada upah simpan.

By Azizi Zakaria

Saya adalah Public Gold Priority Dealer yang aktif semenjak tahun 2014. Berasal dari Sentul, Kuala Lumpur. Azam saya untuk membantu seramai mungkin orang untuk celik emas dan simpan emas.

Show Buttons
Hide Buttons