Ar-Rahnu Emas Public Gold

  1. Nak beli emas yang senang hendak dipajak di Ar-Rahnu?
  2. Sudah beli emas dari Public Gold tapi tidak tahu Ar-Rahnu mana yang mesra Public Gold.

Kebanyakan orang yang telah menyimpan emas tahu, jika mahu dapatkan “duit tunai” segera boleh pajak emas yang disimpan di Ar-Rahnu selain kedai pajak gadai seperti 20 tahun lepas yang belum ada Ar-Rahnu bank. Bila dah ada duit nanti, kita boleh tebus balik emas dari Ar-Rahnu. Emas tu masih lagi milik kita. Kalau harga emas naik, kita masih menikmati keuntungan atas kenaikan harga emas tu. Emas Public Gold adalah emas pelaburan yang paling banyak dijual beli dan disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas. Seperti kata Tuan Azizi Ali yang mengesyorkan emas Public Gold disebabkan reputasi yang sangat kukuh bukan sahaja di Malaysia malahan Singapore, Indonesia dan Brunei.  Beliau pesan kepada seorang anak murid beliau bernama Tuan Sabri Yaacob yang juga dealer Public Gold di bawah bimbingan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie katanya “no other gold company give good deal as Public Gold in Malaysia”.

Ar-Rahnu Yang Mesra Emas Public Gold

Apa yang saya perhati, penyimpan emas jenama Public Gold mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang simpan emas jenama lain di Malaysia. Reputasinya yang kukuh hinggakan sekarang ini, 4 institusi ar-rahnu yang terima emas tanpa perlu buka sarung plastik (yang bermaksud tanpa perlu uji ketulenan)!

Gold bar 5 gram Public Gold. Semua dinar dan gold bar Public Gold versi LBMA untuk item 100 gram ke bawah, semuanya berseal begini. Maksudnya kalau nak keluarkan emasnya, kena potong sarung plastik tu dulu.

Ar-Rahnu yang menerima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik seal buat masa ini ialah:

Pada permulaan, hanya Pos Ar-Rahnu yang terima emas Public Gold tanpa perlu test ketulenan, dari artikel ini ditulis sudah ada 4 Ar-Rahnu yang mesra emas Public Gold. Saya percaya, senarai ini akan bertambah pada masa akan datang disebabkan reputasi emas Public Gold yang semakin kukuh dan persaingan antara ar-rahnu untuk dapatkan bisnes. Bayangkan, betapa ruginya Ar-Rahnu lain dari sudut peluang bisnes disebabkan kebanyakkan penyimpan emas di Malaysia lebih suka simpan emas jenama Public Gold.

Kalau ada pilihan, semestinya pemilik emas Public Gold akan pajak emas di Ar-Rahnu yang terima tanpa perlu buka sarung plastik seal.

Gold bar 100 gram Public Gold keluarkan dalam dua versi iaitu casted bar (kanan) dan minted bar (kiri). Ketulenan sama, harga pun sama. Cuma yang casted bar (tiada sarung plastik) lebih mudah untuk tujuan gadaian.

Ar-Rahnu Meletakkan Syarat Buka Seal

Disamping 4 Ar-Rahnu tersebut, banyak lagi Ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold, tetapi mereka meletakkan syarat untuk membuka sarung plastik seal untuk test ketulenan, antaranya:

Bagi saya, kalau gadai emas Public Gold di Ar-Rahnu yang kena buka seal pun jauh lebih baik berbanding beli barang kemas semata-masa untuk memudahkan gadaian. Barang kemas spreadnya 25%, sedangkan Public Gold hanya mengenakan spread 10% bagi emas yang telah pun dibuka atau dipotong sarung plastiknya.

Ini contoh gold bar Public Gold 20 gram yang telah pun dipotong sarung plastiknya semasa proses gadaian. Public Gold jamin membelinya dengan harga tinggi, iaitu pada kadar spread hanya 10%.(Kredit foto mohdzulkifli.com)
Ini contoh syiling emas 1 dinar Public Gold yang telah dibuka sarung plastiknya untuk menguji ketulenan emas semasa proses gadaian di Ar-Rahnu.(Kredit foto mohdzulkifli.com)

Ini sebenarnya ‘deal’ paling baik di pasaran sebab kebanyakkan syarikat emas akan kenakan spread 25% sebab ia dianggap “emas terpakai”. Bahkan kalau jenama emas yang dijual bank, pihak bank langsung tak akan beli balik emas tu!

Ar-Rahnu Yang Tak Terima Gold Bar & Dinar

Mereka hanya terima gadaian semua jenis barang kemas. Untuk gold bar dan dinar, mereka hanya terima gold bar dan dinar keluaran Yapiem sahaja (jenama lain langsung tidak diterima buat masa sekarang)

Jadi jangan terkejut kalau mereka tak terima emas Public Gold. Ia tak ada kena mengena dengan isu ketulenan ataupun reputasi Public Gold. Itu hanyalah disebabkan polisi mereka sahaja.

Polisi setiap Ar-Rahnu berbeza-beza dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Jadi kita perlu semak polisi Ar-Rahnu dari semasa ke semasa untuk kepastian. Cara paling mudah buat semakan ialah dapatkan nombor telefon mereka daripada Google, lepas tu telefon sahaja. Semudah itu…

Kredit kepada artikel asal mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Azizi Zakaria
Sentul
23 Jun 2017
28 Ramadhan 1428H

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *