Asas Emas

  1. Emas juga dikenali sebagai logam kuning..
  2. Emas semuanya sama.. jangan tertipu dengan brand atau jenama.. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya..


3. SIFAT EMAS

🔸Berwarna kekuningan
🔸Mudah di bentuk
🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
🔸 Tidak terhakis.

4. GRED EMAS

Karat adalah ukuran ketulenan Emas.

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)

Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)

Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)

Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas

Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)

Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas

Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dan lain-lain)

Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas

Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas

Emas 375 = 9 Karat = 37.5% emas (Cincin Suasa)

5. Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh:

Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen

Barang Kemas 916
Bermaksud 91.6% emas
8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6. Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy.

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia

TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7. Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia

KELANTAN
Emas Se Rial =2.72 gram

Emas Se Amas = 2.551 gram

TERENGGANU
Emas Se Kupang = 0.64 gram

Emas 2 Kupang = 1.28 gram

Contoh pengiraan👇

Satu gram = RM 150
Se rial berat = RM 150 x 2.72g = RM 408

so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hari ini ialah RM408.. jangan la terkejut plak.. sebab harga itu dlm rial.. bukan dalam gram.. kita kena tahu macam mana nak convert..😅

8. Spread / Susut Nilai Emas.

Susut Nilai ni mcm second hand value.. Macam jer..

Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. tak syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik 600 jer.. itu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%..

TAPI KENAPA EMAS PON ADA SPREAD/SUSUT NILAI ?

Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab

  1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade-in itu dah outdated.. proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru..

Kos ni lah yang telah di ambil kira dalam jual beli emas..

  1. Gold Bar dan Dinar
    Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain-lain terdapat juga proses re-packing jika packaging dah tidak sempurna macam asal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *