BAGAIMANA KIRA % SPREAD EMAS PUBLIC GOLD

Selepas saya belajar dari mentor emas saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, disini saya berkongsi mengenai Spread atau Susut Nilai Emas.

Spread (susut nilai emas) adalah cara menentukan berapa cepat kita dapat keuntungan dalam pelaburan emas apabila kita mahu menjual semula emas fizikal kita. Ia dikira dengan %-peratus.
Jika nak simpan saja emas tersebut tiada masalah.

Kalau spread rendah, saya akan selidik lebih detail tentang emas tu. Kalau spread tinggi, dah tak perlu cek apa-apa lagi. Noktah sampai ke situ saja lah. Sebabnya, emas spread tinggi tak sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau sekadar nak simpan jadi harta karun, itu tak ada masalah. Tapi kalau niat untuk jual balik suatu hari nanti, spread akan menentukan;
(1) berapa cepat dapat untung,
(2) berapa banyak keuntungannya.

Bagi saya, emas yang spreadnya lebih 10.0% dikira tinggi. Saya tak akan pertimbangkan emas tu untuk tujuan pelaburan.

Bagi emas spreadnya 10% dan ke bawah, kita perlu cek lagi 4 kriteria iaitu
(1) Harga tinggi rendah,
(2) Supply konsisten,
(3) Cawangan banyak,
(4) Syarat jual balik.

Ia penting untuk pastikan emas tu senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum.

Contoh yang diberi adalah 1 dinar emas.

#tipspelaburanemas #spreadTerendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *