Beli Emas Ansuran Public Gold

APA ITU BELIAN ANSURAN MUDAH (EASY PAYMENT PURCHASE EPP)?

Selain dari belian kaedah Normal, Kaedah GAP, anda juga boleh memilih kaedah Easy Payment Purchase (EPP) untuk memudahkan anda memiliki item emas idaman anda.

Kaedah ini ialah kaedah pembayaran ansuran mudah sebanyak 4 kali dalam masa 3 bulan. Ia disahkan patuh Syariah oleh penasihat Syariah Public Gold.

Item emas yang boleh menggunakan kaedah ini ialah 1 dinar (4.25 gram) dan ke atas.

Apa itu EPP?

EPP ialah satu kaedah pembayaran bagi belian biasa (Normal Purchase). Kita boleh membeli secara spesifik item emas yang terdiri dari Gold Bar dan Dinar dan bayarannya boleh dijelaskan secara ansuran mudah tanpa faedah sebanyak 4 kali maksima dalam masa 3 bulan.

Kita boleh memilih mana-mana item berdasarkan jadual harga yang ditunjukkan di laman web www.publicgold.com.my

PRINSIP SYARIAH DALAM BELIAN BIASA.

1. Kunci harga : Janji (wa’ad) untuk membeli item tertentu pada harga tertentu. Ketika ini belum berlaku akad jual beli.

2. Pembayaran : Public Gold akan mengeluarkan jadual pembayaran secara ansuran EPP. Pada hari kita mengunci harga, kita akan mula membuat pembayaran kali pertama. Pada tarikh yang sama untuk 3 bulan berturut-turut kita akan membuat bayaran ansuran. Proses memindahkan jumlah bayaran yang sama dengan harga yang kita kunci hanya sebagai deposit sekuriti (hamisy jiddiyah) tanda komitmen kita untuk meneruskan transaksi.

3. Pengambilan emas di cawangan : Selesai bayaran penuh, barulah kita boleh mengambil item emas yang kita kunci harganya. Ketika inilah baru akad jual beli (ijab dan qabul) termeterai antara pembeli dan Public Gold (wakilnya di cawangan ialah staf bertugas).

APA KEISTIMEWAAN EPP?

Dengan EPP, kita mempunyai beberapa kelebihan :

1. Kita dapat meringankan komitmen bayaran untuk membeli emas dengan membahagikan kepada 4 bahagian ansuran mudah tanpa faedah.

2. Bagi pembeli yang membeli item emas bergram besar seperti gold bar 100 gram dan ke atas, mereka dapat mengawal aliran tunai mereka dengan lebih efektif.

3. Ia dapat memberi solusi keluar kepada permasalahan pembelian emas secara ansuran (bertangguh) yang mana EPP ini secara jelas akadnya hanya akan berlaku setelah selesai kesemua bayaran wang hamisy jiddiyyah (deposit keselamatan).

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Setiap harga yang telah dikunci sekiranya dibatalkan adalah tertakluk kepada penalti sebanyak 5% dari harga yang dikunci.

2. Setiap harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk dengan gold premium. Selepas dikunci, barulah kita akan tahu harga keseluruhan termasuk gold premium.

3. Sebagaimana proses ketika membeli, proses yang sama juga digunakan ketika kita hendak menjual kembali emas kita kepada Public Gold. Emas mesti diserahkan dalam masa 24 jam selepas harga jualan balik (buy back) dikunci.

4. Emas fizikal yang dibeli hendaklah diambil dan dijaga sendiri oleh pemiliknya. Public Gold menyediakan khidmat peti simpanan keselamatan dengan kadar upah yang berpatutan.

5. Belian dengan bayaran EPP in hanya ditawarkan kepada item emas bermula dari 1 dinar dan ke atas.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA EPP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah bayaran EPP ini bergantung kepada keselesaan. Sungguh mudah.

Azizi Zakaria

20/9/2017 1:40PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *