Beli Emas EPP Public Gold

APA ITU PELAN BELIAN MUDAH (EASY PAYMENT PURCHASE EPP)?

Selain dari belian kaedah Normal, Kaedah GAP, anda juga boleh memilih kaedah Easy Payment Purchase (EPP) untuk memudahkan anda memiliki item emas idaman anda.

Kaedah ini ialah kaedah pembayaran deposit sekuriti sebanyak 4 kali atau 10 kali dan dibayar setiap bulan tanpa culas. Ia disahkan patuh Syariah oleh penasihat Syariah Public Gold (Amanie Advisors Sdn Bhd)

Item emas yang boleh menggunakan kaedah ini ialah 1 dinar (4.25 gram) dan ke atas.

Apa itu EPP?

EPP ialah satu kaedah pembayaran bagi belian biasa (Normal Purchase). Kita boleh membeli secara spesifik item emas yang terdiri dari Gold Bar dan Dinar dan bayarannya boleh dijelaskan secara ansuran mudah tanpa faedah sebanyak 4 kali atau 10 kali maksima dan hendaklah dibayar setiap bulan sehingga selesai.

Kita boleh memilih mana-mana item berdasarkan jadual harga yang ditunjukkan di laman web www.publicgold.com.my

Cara membeli emas EPP

Kaedah Syariah EPP – Place order secara online, walk in ke branch Public Gold, telefon atau hubungi dealer aktif Public gold untuk membuat booking.

Pilih bayaran secara ansuran EPP sebanyak 4 atau 10 kali, terima invois dari Public Gold, buat bayaran pertama berdasarkan jadual pembayaran di dalam invois. Ambil emas anda setelah semua pembayaran dijelaskan.

Semua resit atau slip bayaran hendaklah email kepada email payment@publicgold.com.my sebagai bukti bayaran dan rekod anda serta bawa resit yang asli sewaktu membuat collection. Hanya owner emas tu sendiri atau introducer dia sahaja dibenarkan untuk mengambil emas tersebut.

Seperti yang diketahui umum, setiap produk emas Public Gold ada caj PREMIUM nya yang tersendiri.

Lihat pada gambar di bawah untuk melihat perbezaan caj antara normal PREMIUM dan EPP PREMIUM. Terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan dengan cara EPP atau belian tunai atau pun Akaun GAP. (Contoh harga semasa tahun 2018)

PRINSIP SYARIAH DALAM BELIAN BIASA.

1. Kunci harga : Janji (wa’ad) untuk membeli item tertentu pada harga tertentu. Ketika ini belum berlaku akad jual beli.

2. Pembayaran : Public Gold akan mengeluarkan jadual pembayaran secara ansuran EPP. Pada hari kita mengunci harga, kita akan mula membuat pembayaran kali pertama. Pada tarikh yang sama untuk 3 bulan berturut-turut kita akan membuat bayaran. Proses memindahkan jumlah bayaran yang sama dengan harga yang kita kunci hanya sebagai deposit sekuriti (hamisy jiddiyah) tanda komitmen kita untuk meneruskan transaksi.

3. Pengambilan emas di cawangan : Selesai bayaran penuh, barulah kita boleh mengambil item emas yang kita kunci harganya. Ketika inilah baru akad jual beli (ijab dan qabul) termeterai antara pembeli dan Public Gold (wakilnya di cawangan ialah staf bertugas).

APA KEISTIMEWAAN EPP?

Dengan EPP, kita mempunyai beberapa kelebihan :

1. Kita dapat meringankan komitmen bayaran untuk membeli emas dengan membahagikan kepada 4 atau 10 bahagian bayaran mudah tanpa faedah.

2. Bagi pembeli yang membeli item emas bergram besar seperti gold bar 100 gram dan ke atas, mereka dapat mengawal aliran tunai mereka dengan lebih efektif.

3. Ia dapat memberi solusi keluar kepada permasalahan pembelian emas secara bayaran mudah (bertangguh) yang mana EPP ini secara jelas akadnya hanya akan berlaku setelah selesai kesemua bayaran wang hamisy jiddiyyah (deposit keselamatan).

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Setiap harga yang telah dikunci sekiranya dibatalkan adalah tertakluk kepada penalti sebanyak 5% dari harga yang dikunci.

2. Setiap harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk dengan gold premium. Selepas harga dikunci, barulah kita akan tahu harga keseluruhan termasuk gold premium.

3. Sebagaimana proses ketika membeli, proses yang sama juga digunakan ketika kita hendak menjual kembali emas kita kepada Public Gold. Emas mesti diserahkan dalam masa 24 jam selepas harga jualan balik (buy back) dikunci.

4. Emas fizikal yang dibeli hendaklah diambil dan dijaga sendiri oleh nama pemiliknya. Public Gold menyediakan khidmat peti simpanan keselamatan dengan kadar upah yang berpatutan.

5. Belian dengan bayaran EPP in hanya ditawarkan kepada item emas bermula dari 1 dinar dan ke atas.

6. Jika tidak dapat ambil emas di cawangan Public Gold, pelanggan emas boleh menggunakan khidmat penghantaran GIT dari Public Gold. Boleh baca di link gold-in-transit.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA EPP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah bayaran EPP ini bergantung kepada keselesaan. Sungguh mudah.

Jika mahukan rundingan dan cadangan secara percuma, anda bebas mengubungi saya bila-bila masa di 017-3460604. Hanya nyatakan budget simpanan emas anda dan saya akan mencadangkan cara & item terbaik berdasarkan budget yang diberikan.

Azizi Zakaria

20/9/2017 1:40PM – Updated 7/7/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *