CARA MEMBELI EMAS/PERAK DENGAN GAP/SAP

Bagi siapa nak beli GAP/SAP, ini langkahnya:

gap-langkah2
Langkah 1: 
Anda boleh rujuk harga emas harian GAP di laman web www.publicgold.com.my
 
gap-22-10-16
Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. (Peringatan: Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab ianya tak patuh syariah muamalat.)
Langkah 2:
Membeli/Menambah GAP Public Gold
 
Membuat bayaran ke Akaun GAP Public Gold mengikut nilai yang anda ingin membeli/menambah seperti di bawah:
 
* Nilai minima untuk GAP adalah RM100 dan di dalam gandaan RM50 (contohnya RM100, RM150, RM200, RM250). Tiada had maksima untuk pembelian/penambahan GAP.
 
pg-account
 
Anda juga boleh membeli/menambah GAP melalui arahan tetap bulanan, perbankan internet, mesin deposit tunai, pemindahan wang tunai melalui ATM, cek, deposit di kaunter bank, bayaran tunai atau jual balik emas terpakai di cawangan Public Gold.
 
Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!
 
Langkah 3:
Buat pembayaran ke dalam akaun Public Gold seperti gambar diatas.
Untuk pembelian kali pertama, anda hendaklah mendaftar menggunakan WhatsApp untuk mendapatkan PG Code atau Username anda.
 
Langkah 4:
 
GAP
 
Langkah 4.1
Pengesahan Bayaran GAP untuk Akaun Persendirian.
 E-mel/WhatsApp/WeChat/SMS butiran pembayarandan maklumat berkenaan anda seperti di bawah kepada pihak Public Gold.
 
1. E-mel                                  : gap@publicgold.com.my
2. WhatsApp/WeChat/SMS : +6017-486 6916
GAP-daftar
 
*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.
Langkah 4.2
Pengesahan Bayaran GAP untuk Akaun Bersama
Akaun bersama GAP antara ibu/bapa dan anak-anak juga disediakan.
E-mel/WhatsApp/WeChat/SMS butiran pembayaran dan maklumat berkenaan anda seperti di bawah kepada pihak Public Gold.
1. E-mel                                      : gap@publicgold.com.my
2. WhatsApp/WeChat/SMS : +6017-486 6916

GAP-daftar-akaun-bersama

Kalau anda baru kali pertama membeli emas Public Gold, boleh letak nama saya sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) dan cc kan email payment kepada azizizeck.publicgold@gmail.com jika ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold dan mendapatkan bimbingan. Introducer Code saya PG047225, Azizi bin Zakaria.
 
Untuk melihat GAP Statement, selepas anda mendapat email balasan dari Public Gold berserta PG Code anda, sudah boleh login ke akaun MY GAP anda.
 
 Selepas pembelian emas kali pertama, anda boleh membeli emas melalui transaksi online FPX. Boleh lihat di artikel “Cara Membeli Emas Guna FPX”
Langkah 5: 
Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran
Penyata GAP anda akan dikemaskini selepas bukti pembayaran disahkan oleh Public Gold.
 

Dalam masa sehari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.

 
Ini contoh penyata GAP yang PG akan emailkan.
Langkah 6:
 
Kemaskini Penyata GAP
 
Penyata GAP anda akan dikemaskini dalam masa 48 jam waktu bekerja selepas bukti pembayaran disahkan oleh pihak Public Gold.
 
Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan. Current Balance dan Available Balance akan dinyatakan dalam penyata GAP.
 
I. Current Balance (baki emas yang melingkungi cek belum dijelaskan)
II. Available Balance (baki emas tanpa cek belum dijelaskan)
 
 
Anda boleh menyemak penyata GAP anda dengan log in ke laman web Public Gold:
www.publicgold.com.my dan klik pada MyGAP seperti pada gambar di atas.
GAP-contoh penyata
 
Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan, boleh letak di ruangan komen atau hubungi saya dengan klik di sini.
 
– Azizi Zakaria
– Authorised Dealer PG 047225
– 017 346 0604
 

Comments

  1. Pingback: Cara Untuk Genapkan Titik Perpuluhan GAP | AziziZakaria.Com

  2. Syuhada

    Slm encik, maaf nk tnya. Knp ya sy beli menggunakan kaedah gap, namun xdpt resit mcm encik di bahagia atas ni. Tp dalam akaun gap sy valid gram emas nya

    1. Post
      Author
      Azizi Zakaria

      Salam Cik Syuhada,
      Kebiasaannya pihak Public Gold akan menghantar email Sales Order Acknowledgement PMP-XXXXXX(no.sales order).
      Sila lihat di email Spam. Kadang-kadang email masuk ke situ. Tapi jika akaun GAP statement dah “approved”, tiada masalah sebenarnya. Jika Cik Syuhada mahukan juga Sales Order tersebut, boleh hubungi Public Gold Customer Service Hotline di +604-643 9999 atau Email: enquiry@publicgold.com.my

  3. Pingback: Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold | AziziZakaria.Com

  4. Pingback: Tips Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil | AziziZakaria.Com

  5. Pingback: 6 kelebihan PG Mall – AziziZakaria.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *