Cara Untuk Genapkan Titik Perpuluhan GAP

GAP-BAL01 

Disini saya kongsikan cara untuk menggenapkan jumlah gram dalam Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) jika ada titik perpuluhan. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya;

(1) Tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP. (Pastikan semak harga di website Public Gold sebelum membuat pembayaran).

(2) Mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar contohnya 1 Dinar = 4.25 gram.

(3) Menerima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer Public Gold.

Bila berlaku titik perpuluhan didalam akaun GAP anda, emas (dengan titik perpuluhan) tak dapat dikeluarkan dalam bentuk fizikal kerana syarat minimum pengeluaran mestilah seberat 1 gram. Paling kecil item yang Public Gold benarkan dikeluarkan buat masa ini ialah gold bar 1 gram. Jadi adalah lebih baik kita genapkan sahaja baki di dalam Akaun GAP tersebut. 

#1 – Kira Jumlah “Gram” Diperlukan

GAP-tambah

Baki di dalam Akaun GAP sebelum penggenapan, 5.4172 gram

Contohnya Pengiraan:

Baki semasa : 5.4172 gram
Mahu digenapkan kepada : 6.000 gram
6.000 – 5.4172 = 0.5828 gram

>> Jadi “gram” yang perlu tambah untuk penggenapan = 0.5828 gram

#2 – Kira Nilai Dalam “RM”

(Katakanlah harga semasa GAP = RM160)

0.5828 gram x RM160 = RM93.248

>> Total yang perlu di bayar RM93.25 (digenapkan kepada 2 titik perpuluhan)

#3 – Tambah Belian GAP

Jumlah minimum yang diterima oleh sistem GAP di website ialah RM100. Pembelian bawah RM100 akan direject oleh sistem. Jadi untuk genapkan akaun, kita perlu tambah lagi 1 gram sekiranya jumlah “RM” pada langkah #2 di atas kurang dari RM100.

Harga 0.5828 gram + harga 1 gram
RM93.25 + RM160
= RM253.25

>> Jumlah yang perlu dibayar = RM253.25

Langkah seterusnya, transfer/buat bayaran sebanyak RM253.25 ke akaun Public Gold dan upload slip bayaran di website www.publicgold.com.my sebagai mana panduan yang saya tulis dalam artikel Cara Membeli Emas/Perak Dengan GAP/SAP“.

GAP_Beli01

GAP_beli

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk semua penyimpan emas GAP, insyaAllah.

Terima kasih kepada Tuan Mohd Zulkifli diatas kesudiannya berkongsi ilmunya.

Wallahu a’lam.

Azizi Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *