Cara Untuk Login Website Public Gold

(Kemaskini 14-Dec-2017) 

Anda dah pernah beli emas dengan Public Gold, tapi tak tahu nak login ke website untuk buat order sendiri. Ataupun dulu pernah login kali pertama menggunakan Temporary Username, tapi kali ni tak dapat login bila guna Username yang sama. Nak lock order sendiri, tapi tak tahu nak buat atau ada masalah untuk login. Nak mintak tolong dealer, tapi dealer pun kekadang tak sempat lock harga yang kita nak. Jadi, macam mana nak buat?

Kenapa perlunya anda LOGIN ke website Public Gold? Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat dengan login ke website PG ini. Antaranya:

1- Boleh “place order” sendiri tanpa melalui dealer.

2- Boleh lakukan proses “buyback” iaitu proses jual kembali item kepada Public Gold.

3- Boleh lihat “baki semasa” yang terkumpul di akaun Gold Accumumulation Program.(GAP)

Secara Amnya, ada 3 langkah untuk login di website PG ini:

1- Dapatkan Username(PG CODE)

2- Dapatkan Password

3- Login ke Website

Langkah 1: Dapatkan Username(PG CODE)

PG CODE ini akan diperolehi secara automatik sekiranya anda sudah buat belian pertama secara rasmi dengan Public Gold. Boleh lihat kembali di sales order/GAP Statement/reply email untuk dapatkan PG CODE anda. Jika anda tidak yakin dengan status PG CODE anda, anda boleh hubungi dealer anda untuk dapatkan pertolongan. Insya Allah, dealer dapat membantu dengan mudah.

4
Ini contoh PG CODE. Account Code adalah PG CODE.

Langkah 2: Dapatkan Password

Apabila sudah ada PG CODE sebagai username, biasanya password yang diberi adalah no ic anda sendiri sebagai default.

 STEP 1: Pergi ke web www.publicgold.com.my dan Click Login

Check email yang anda daftarkan masa pertama kali beli emas dengan Public Gold. Disitu ada email dari Public Gold berkaitan Username/PGCode dan Password. Jika terlupa password atau username, klik je dibahagian bawah ‘Forgot your password’ atau ‘Forgot your username’.

 

Langkah 3: Login Ke Website

TAHNIAH! Sekarang anda dah boleh login website Public Gold dan boleh buat order sendiri ataupun semakan. Pergi ke website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.

JIKA TIDAK BERJAYA!!

Ada juga sesetengah orang masih gagal untuk login menggunakan step yang telah saya tunjukkan. Oleh yang demikian, anda perlu meminta bantuan daripada pihak Public Gold sendiri untuk membantu anda dengan cara reset password. Caranya, email ke PG untuk reset password di enquiry@publicgold.com.my dan boleh copy paste ayat dibawah.

I could not login to this website using my PG Code. I’ve tried to reset the password but still unsuccessful. Could you help me on this matter. Thank you.

Selepas melakukan tindakan seperti diatas, kebiasaannya pihak Public Gold akan mengambil masa selama waktu setengah hari bekerja untuk membantu anda. Tunggu respon dari pihak PG di email anda.

Mudah-mudahan langkah-langkah ini dapat membantu anda menjadi seorang penyimpan dan pelabur emas yang MERDEKA. Insya Allah.

———————————-
Azizi Zakaria 
Authorised Public Gold Dealer (PG047225)
+60173460604 (call//WhatsApp)

2 comments

  1. Salam tuan.. saya ada beli dinar emas melalui agen. tp hanya diberikan resit pembelian.. bagaimana nak dapatkan PG code? saya beli 6 tahun lepas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *