Dana Rizab Emas

“Kehidupan ialah apa yang berlaku kepada kita ketika kita sedang sibuk merancang perkara lain.” John Lennon

Hidup ini tiada kepastian yang mungkin dimasa kita merancang tetapi sesuatu yang diluar dugaan boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Seperti pengalaman saya yang pernah bekerja di sektor minyak & gas di sebuah syarikat konsultan ternama dari Paris. 2-3 tahun lepas mungkin tidak menyangka akan diberhentikan kerja kerana ekonomi yang semakin tenat dan kekurangan projek dibidang tersebut.

Tapi apabila saya diberhentikan pada 15 Sept. 2015, saya bagaikan ditampar dipipi kerana secara tiba-tiba saya telah tiada kerja kerana telah diberi MSS(Mutual Seperated Scheme) dimana terpaksa berhenti tanpa rela walaupon dibayar pampasan.

TUBUHKAN DANA RIZAB

Walaupon sebelum ini ada sedikit simpanan, namun saya tidaklah dapat menyimpan sehingga 3 bulan gaji kerana mempunyai komitment hutang seperti kereta, rumah, personal loan. Insuran hayat yang saya beli juga terpaksa ditutup. Mujur insuran dari syarikat isteri bekerja cover 1 family jika mahu ke klinik atau hospital.

Selepas saya mendapat wang pampasan, saya terus membeli emas 100gram yang bernilai RM16,900.00 dalam akaun emas GAP. Selepas setahun saya membeli 100gram tersebut masih tidak terusik dan harganya menjadi RM18,+++ dimana secara tak langsung saya untung RM2000. Jika selepas setahun baru saya beli, saya terpaksa menambah RM2000 lagi untuk membeli emas dan berat yang sama. Saya jadikan simpanan 100gram ini adalah simpanan dana rizab 3 bulan gaji. Kerana setiap orang tahu kemampuan dan diri masing-masing. Saya menyimpan emas kerana saya tahu ia bernilai dan saya dapat mengekang sifat boros saya. Jika saya tak menyimpan dana rizab dalam bentuk emas, besar kemungkinan dana rizab yang dalam bentuk wang tunai akan terguna sedikit demi sedikit..

Pilihan saya menyimpan dalam bentuk emas akan menentukan simpanan dana rizab saya ini sentiasa terpelihara untuk bertahun-tahun lamanya. Disamping itu saya konsisten menyimpan paling sedikit #1gram1bulan didalam akaun GAP saya. Emas sentiasa bertambah.

‘Simpan Emas Tidak Menjadikan Saya Kaya, Namun Kekayaan Boleh Dipelihara Dengan SIMPAN EMAS’

Azizi Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *