DINAR PUBLIC GOLD

Sejarah dinar emas public gold bermula dengan grade 916 sejak tahun 2008 lagi. Dinar emas merupakan antara HOT ITEM yang menjadi pilihan bagi penyimpan emas.

Dinar Emas Public Gold 2008

Ini adalah dinar emas generasi pertama yang dikeluarkan oleh Public Gold. Ia berketulenan 22k (916) dan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh local assayer. Dan ini juga adalah emas yang pertama saya beli pada tahun 2014 sebanyak 2 keping 1 dinar.

Dinar emas 916 ini dihentikan pengeluaran pada tahun 2014 iaitu setahun sebelum perlaksanaan GST. Ini kerana jongkong/syiling emas keluaran tempatan tertakluk kepada GST.

Jadi untuk tidak membebankan pengguna dengan caj 6% GST, dinar emas 916 ini ditamatkan pengeluarannya.

Walaupun tidak dijual lagi, namun dinar emas 916 ini masih banyak disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas Public Gold.

Dinar Emas Public Gold LBMA Generasi Pertama

Dinar ini digantikan dengan Dinar Emas LBMA (LBMA bermaksud London Bullion Market Association). Dinar emas ini berketulenan 24 karat 999.9 dan ditempa oleh Nadir Metal Refinery, sebuah kilang emas yang mendapat pengiktirafan “LBMA accredited refiners”.

Dinar Emas Public Gold LBMA Generasi Kedua

Selepas emas dinar LBMA generasi pertama mendapat sambutan hangat, Public Gold telah mengeluarkan design LBMA Generasi Kedua pula. Juga sambutan amat menggalakkan

Sejarah Dinar Emas Public Gold, berat tetap sama cuma harganya berbeza!

Ini menyebabkan dinar ini tidak dikenakan GST, sebab ia termasuk di dalam kategori IPM (investment precious metals).

Bukan setakat dinar emas, tetapi jongkong emas yang ditempa oleh Nadir Metal Refinery juga termasuk di dalam kategori IPM dan ia bebas GST.

Dinar Baru Tempatan (Non LBMA)

Setelah Malaysia bertukar kerajaan dan GST ditamatkan, maka emas tidak lagi tertakluk kepada cukai GST atau SST. Jadi pada tahun 2020, Public Gold telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dinar Emas keluaran tempatan dengan ketulenan 999.9.

Jadi sepanjang 12 tahun (2008 – 2020) kita dapat melihat 3 generasi Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.

Sekarang, anda boleh memilih membeli dinar emas LBMA dan dinar emas tempatan 999.9 sebagai simpanan dan pelaburan. Memandangkan berat dan ketulenan kedua-duanya adalah sama, jadi harga dan spread kedua-dua jenis dinar ini adalah sama sahaja.

Sejujurnya saya suka dinar emas LBMA generasi kedua dan ketiga kerana disealkan sekali dengan kad bersaiz kad ATM. Mudah untuk disimpan di dalam wallet. Namun kelebihan dinar emas tempatan versi 2020 juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti mesra Ar-Rahnu kerana tidak diseal.

Walaupun anda cuma ada RM1 di dalam wallet, disebaliknya ada nilai 1 Dinar yang bersamaan dengan RM1200++ secara senyap. Boleh rujuk harga di website Public Gold

Jadi mana lagi berbaloi, simpan emas atau simpan duit?

Petikan asal daripada Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Azizi Zakaria | PG047225 | 7/8/2020 ; 9:58am