EMAS ROSAK?

Gold bar ini diklasifikasikan sebagai ’emas rosak’ sebab emasnya terkeluar/dikeluarkan dari “seal” yang bersifat kekal dan tidak boleh dibuka.

Spread asal gold bar 10 gram, 9%. Bila terjadi kes seperti ini, automatik jadi 10%. Gold bar/dinar yang lain pun sama 10%.

Info dari sifu emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, ia kadar tolakan paling murah di Malaysia bagi emas rosak begini. Maksudnya, Public Gold membeli harga mahal walaupun emas yang sudah rosak.

Kalau emas ini dibeli di bank, pihak bank tak akan terima/beli balik emas ini. Kita terpaksa menjualnya di kedai. Kalau jual di kedai emas, mereka akan tolak 25% – 40% daripada harga jualan semasa.

Kredit foto: Tn. Mohd Zulkifli Shafie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *