Kelebihan dan Kekurangan Melabur Dalam Emas

Kelebihan melabur dalam emas ini hanya menjadi kelebihan sekiranya anda memilih produk emas yang betul. Kerana banyak produk emas yang pelbagai didalam pasaran sekarang ini. Dan setiap produk tidak semestinya memberi kesan dan keputusan yang sama, walaupon mereka mungkin semuanya adalah emas. Ini bermakna, sekiranya tersilap pilih produk emas, mungkin anda tidak dapat keuntungan daripada kenaikan harga emas atau mungkin dapat kerugian besar ketika harga emas jatuh.  Jadi, kena pilih berhati-hati dan setiap point yang saya tulis ini merujuk kepada emas fizikal.

“Apabila kita miliki emas, kita berada dalam ketakutan, apabila kita tiada emas, kita berada dalam bahaya”

Kelebihan Emas

  • Nilai emas akan kekal ketika inflasi hiper.

Ketika inflasi hiper, emas hamper tiada kesamaannya. Contohnya, pada tahun 1923, negara german diserang inflasi hiper, bekalan matawang meningkat lebih daripada 17bilion kali ganda. Nilai matawang menyusut 97% berbanding emas. Semasa itu, sepasang kasut berharga 12Mark sebelum Perang Dunia 1 berharga 30 Trilion Mark selepas perang! Emas pula terus bersinar kerana satu blok hartanah komersil di Bandar raya Berlin boleh dibeli dengan hanya 25auns emas.

 

  • Emas ialah pelaburan yang berdiri sendiri.

Semua asset terikat kepada sesuatu, seseorang atau system tertentu. Contohnya, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada penerbitnya manakala wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan. Emas pula berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan lain. Tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa system. Menjadikan emas adalah wang dengan sendirinya.

Tambahan pula, ia tidak perlu sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Jika kita tak memberitahu sesiapa, tiada seorang pon akan tahu berapa banyak emas yang kita miliki. Tapi jangan lupa, untuk membayar zakat bila sudah cukup haulnya.

  • Emas berfungsi mempelbagaikan aset yang unggul.

Kebanyakan buku pelaburan menyarakankan letakkan wang dalam x% = saham, y% = bon, z% = hartanah dan tinggalkan sedikit dalam bentuk tunai. Malangnya, jika matawang atay kerajaan jatuh, kemungkinan besar nilai aset2 ini akan turun.

Jadi untuk mempelbagaikan aset, kita perlukan aset yang tiada dalam system kewangan; aset itu adalah emas kerana mempunyai ciri-ciri unggul yang pelbagai. Walaupon harga aset lain jatuh, harga emas tetap kekal dan bahkan mungkin naik.

  • Emas diterima di seluruh dunia.

Emas adalah aset yang diterima secara meluas dimana sahaja di dunia ni. Kita boleh beli dimana sahaja dan boleh jual semula di benua yang berbeza. Contohnya; ketika perang Vietnam dan rakyatnya melarikan diri, mereka menjual harta benda dan tukarkan kepada emas dan menyeludup keluar emas antaranya jongkong emas Kim Thanh untuk memulakan kehidupan yang baru di tempat lain.

 

 

  • Emas menjadi kebanggaan bagi penyimpan dan pemiliknya.

Sesiapa yang menyimpan dan memiliki emas, mereka akan berbangga kerana mereka boleh memakainya, menggunakannya, mempamerkannya dan juga menggunakannya untuk berlagak ala-ala anak mami penang.

  • Emas mempunyai beza tipis antara harga belian dan harga jualan.

Emas mempunyai beza tipis antara harga belian dan jualan berbanding berlian atau syiling peringatan. Biasanya emas adalah dibawah 10%. Manakala berlian atau syiling peringatan boleh mencapai 15% – 100%!

Kekurangan Emas

  • Emas tidak memberi pulangan.

Emas tiada pembayaran dividen atau faedah. Maka, ia menjadikannya tidak sesuai bagi sesiapa yang inginkan aliran pendapatan yang tetap.

 

 

  • Emas melibatkan kos simpanan.

Untuk simpan emas fizikal, biasanya ramai akan sewa kotak simpanan keselamatan di bank atau syarikat keselamatan persendirian.

 

 

  • Emas boleh hilang atau dicuri.

Inilah satu-satunya perkara yang kita risau. Emas hilang atau dicuri. Maka, ada juga yang sembunyikan di tempat-tempat yang dirasakan selamat dan tidak bagitahu sesiapa. Ada juga yang terlupa simpan dimana. Nak tanya orang lain dah tentu mereka pon tak tahu. Maka point diatas lebih sesuai untuk anda.

  • Merugikan jika tak tahu apa yang dilakukan.

Ini adalah bahaya yang besar jika tak tahu apa yang dilakukan. Perangkap emas ini adalah sedalam lombongnya. Contohnya: kepingan emas palsu (logam biasa yang disalut emas).Terbeli barang kemas palsu. Dan juga kemunculan skim-skim Emas ETA dan skim cepat kaya. Beli emas dan mahu pulangan bulanan.

 

 

 

  • Jika beli salah produk emas, mungkin tiada untung langsung.

Ini juga salah satu bahaya kerana beli emas hanya kerana ikut-ikutan dan tidak mahu belajar ilmu pelaburan emas yang betul. Bila nak beli apa-apa aset emas dan pelaburan hendaklah kaji syarikat itu betul-betul. Bukan hanya beli sahaja malahan boleh beri jaminan jual semula kepada mereka tak mengira harga naik atau turun.

  • Beli emas pada masa yang “salah”.

*Sumber: Masa untuk Emas – Azizi Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *