MENUNAIKAN FARDHU HAJI DENGAN MENABUNG EMAS

umrahSaya pernah pergi menunaikan umrah bersama isteri pada bulan februari tahun 2014. Namun impian setiap dari kita seorang muslim adalah untuk menunaikan fardhu haji. Menunaikan fardhu haji berada di kedudukan ke-5 di dalam rukun islam. Sebagai seorang muslim, jika kita berkemampuan dari sudut ekonomi dan ilmu, kita diwajibkan pergi menunaikannya di bumi Mekah Al-Mukarramah dan melawat masjid nabawi dan makam Nabi Muhammad s.a.w di Madinah Al-Munawwarah.

thDi Malaysia, Tabung Haji merupakan badan utama yang mengendalikan kerja-kerja HAJI ini. Semua masyarakat yang ingin pergi mengerjakan ibadah ini perlu mendaftarkan diri dengan pihak Tabung Haji.

Saya akan memberi tumpuan lebih kepada bahagian kos haji dan saya akan membuat  bandingan dengan individu yang menyimpan wang kertas(RM) untuk menunaikan haji dengan individu yang menyimpan emas dengat matlamat untuk pergi menunaikan haji. Ini adalah kerana, cara kita menabung untuk pergi menunaikan haji ini akan memakan masa yang lama.

daftar HAJIContohnya, saya sudah mendaftarkan diri untuk pergi menunaikan haji pada tahun 2011 dan anggarannya, sekitar tahun 2037 barulah giliran saya untuk pergi menunaikannya. Ini menunjukkan saya ada masa lagi 22-tahun di saat saya menulis pada tahun 2015 untuk melakukan simpanan demi menunaikan kewajiban ini. Insya Allah.

 

Pada tahun 2004 dan pada ketika itu, kos untuk pergi menunaikan haji adalah sekitar RM 12 400 dan ini dikukuhkan lagi dengan artikel yang dikeluarkan oleh bernama.com. Keratan penuh berada di link ini.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=411406 . Kos Haji yang saya sertakan ini adalah kos yang tidak melibatkan subsidi. Ini kerana, subsidi berubah-ubah bagi setiap tahun.

6

Cuba kita lihat nilai RM 12 400 dibandingkan dengan nilai emas pada tahun 2004. Pada tarikh 1.12.2004, harga emas dunia berada di paras sekitar USD 456.00 untuk 1 troy ounce(31.10 gram) dan nilainya di dalam RM pada ketika itu adalah sekitar RM 1568.64. USD 1 dolar sekitar RM 3.44 pada disember 2004. Ini bermakna 1 gram emas bersamaan RM 50.43 dan jika RM 12 400 ditukar menjadi emas, jumlah gram emas adalah sekitar 246 gram. Boleh rujuk detail maklumat yang saya berikan di sini.http://www.kitco.com/scripts/hist_charts/daily_graphs.cgi danhttp://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR&view=10Y .

5

3

Inilah masa yang saya nantikan iaitu, saya akan bandingkan kos bagi tahun 2004 dengan tahun 2014. Jika 246 gram emas itu di bawa ke tahun ini, 2014, nilai emas sewaktu saya menulis laporan ini adalah bernilai sekitar RM 32 652iaitu pada 2.12.2014. USD 1 dolar bersamaan RM 3.44 pada sekitar bulan 12 2014.

RM 32 625 – RM 12 400 = RM 20 225

(RM 20 225 / RM 12 400) x 100% = 163%

163% ini adalah peratusan kenaikkan harga emas dari tarikh 1.12.2004 ke 2.12.2014.

 

4

2

Untuk Jemaah haji bagi tahun 1435H (2014), Kos menunaikan haji adalah sekitar RM 16 155. Dalam jangka masa 10 tahun ini (2004-2014), kenaikkan kos haji adalah dalam lingkungan RM 4000++. Boleh rujuk di link ini untuk dapatkan matlumat penuh. http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2

1

Ini bermakna, golongan yang menabung RM akan RUGI RM 4000++ dan golongan yang menyimpan EMAS dan ada matlamat akan UNTUNG 2 kali ganda.

Jika 246 gram emas pada tahun 2004 itu disimpan dan dibawa kepada tahun 2014, Nilainya adalah RM 32 625 dan dengan jumlah itu, kita mampu pergi menunaikan haji sebanyak 2 orang dan masih ada baki sedikit. Ini adalah bandingan untuk 10 tahun.

Saya sendiri, masih ada 22 tahun lagi untuk menyimpan demi untuk menunaikan kewajiban ini. 22 tahun!! Sebentar tadi, saya hanya membuat perbandingan untuk 10 tahun, inikan pula 22 tahun. Inilah yang saya maksudkan dengan tajuk laporan ini iaitu, “CEPAT PERGI MENUNAIKAN HAJI DENGAN MENABUNG EMAS” Ingat, walaupun kita ada tempoh yang lama untuk pergi menunaikan haji, pihak tabung haji dapat membenarkan kita untuk membuat rayuan untuk pergi lebih awal daripada waktu yang di tetapkan. Alangkah indahnya jika kita dapat pergi ke tanah suci secepat yang mungkin dan insya Allah, jika kita usaha dan terus berusaha, kita mampu pergi ke tanah suci lebih dari satu kali. Allahuakbar!!

4985471071_9f434afa10_z

Inilah yang saya selalu tekankan untuk semua orang iaitu mulalah menabung emas fizikal sikit demi sedikit. Sekarang dengan platform yang kukuh oleh Public Gold, kita boleh menabung serendah 1gram. Kita boleh disiplinkan diri kita dengan menabung 1gram sebulan atau 2gram sebulan atau 100gram sebulan ke ataupun apa-apa mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah, anda sudah tahu kebaikannya dan sekarang bagaimana anda hendak bermula? Disinilah peranan saya sebagai seorang Authorised Public Gold Dealer untuk membantu anda melancarkan proses ini. Platform terbaik di negara kita ini adalah Public Gold. Sudah 8 tahun Public Gold Sdn Bhd telah bertapak di negara kita. Untuk maklumat lanjut, klik link ini. HUBUNGI SAYA . Insya Allah, saya akan bantu anda untuk menunaikan hajat mulia ini.

P/S: Kalau anda ada apa apa kemuskilan, boleh terus hubungi saya. Tambahan lagi, maklumat yang saya berikan ini adalah +- harga dan tarikh sekitar(purata).

Azizi bin Zakaria

Authorised  Dealer Public Gold

PG047225 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *