Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

public-gold-gap

 [Kemaskini 19 Oktober 2017] Ramai orang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank (GIA-Gold Investment Account), kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi jer. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM100 – RM200 jer sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah kat mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.
 

PROGRAM GAP ALA “AKAUN EMAS”

Apa GAP tu sebenarnya? GAP adalah singkatan untuk “Gold Accumulation Program”. Ia adalah seperti Akaun Emas yang ditawarkan KFH (Kuwait Finance House). Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

KELEBIHAN AKAUN EMAS GAP PUBLIC GOLD

Secara ringkasnya, ini kelebihan Akaun Emas GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had. Senarai cawangan boleh Klik ===>>> Branch Public Gold
  • Tiada syarat wajib tinggalkan baki minimum. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Namun untuk pastikan akaun kekal aktif, mesti tinggalkan baki minimum 1gram. Jika tidak, akan dikenakan yuran pengaktifan RM50.00 jika mahu menyimpan semula menggunakan GAP.
  • Uruniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal di mana-mana cawangan akan dikenakan caj “Gold Premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, tak ada caj yang akan dikenakan. Gold Premium yang dikenakan adalah RM10.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM15.00 untuk Sabah/Sarawak setiap 1 gram jika mahu keluarkan ikut gram satu  persatu, tetapi jika mahu keluarkan emas mengikut Gold Bar yang dah ada dalam produk Public Gold boleh rujuk di bawah.
    Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.
 
 

PERBANDINGAN GAP DAN AKAUN EMAS KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni. Sebagai perbandingan, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:
#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (6%), 50 gram (5.5%), 100 gram (5%), 250 gram (4.5%) dan 500 gram (4.5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram. (kekurangan KFH)
#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch luar Penang dikenakan caj “transportation cost” yang minimum. (kelebihan KFH)
#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Maksudnya, emas KFH tak boleh dipajak. Emas Public Gold tak ada masalah walaupon seal telah dibuka. Bahkan kalau emas tu calar, kemek, atau bengkok sekalipun Public Gold tetap beli pada harga tinggi sebagaimana harga PG Buy di website Public Gold. (kekurangan KFH)
#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)
 

SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM100 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 – RM200 sebulan setiap anak. (Jika mahu mengikut syariah muamalat, seeloknya beli terus emas dengan harga per gram dan bukan harga contohnya RM100 sahaja tiap bulan kerana tidak cukup gram)

 CARA MEMBELI EMAS DENGAN GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:
 GAp-langkah2
Langkah 1: 
Anda boleh rujuk harga emas harian GAP di laman web www.publicgold.com.my
 
gap-19-10-16
Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. (Peringatan: Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab saya khuatir tak patuh syariah.)
Langkah 2:
Anda boleh membuat penambahan GAP melalui perbankan internet, deposit di kaunter bank, mesin deposit tunai, pemindahan ATM, cek, arahan tetap bulanan, bayaran tunai di cawangan Public Gold atau trade in emas ( di cawangan Public Gold). Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!
 
Langkah 3:
Buat pembayaran ke dalam akaun Public Gold seperti gambar diatas.
 
Langkah 4.1:
Pengesahan Bayaran GAP untuk Akaun Persendirian.
 E-mel/WhatsApp/WeChat/SMS butiran pembayarandan maklumat berkenaan anda seperti di bawah kepada pihak Public Gold.
 
1. E-mel                                      : gap@publicgold.com.my
2. WhatsApp/WeChat/SMS : +6017-486 6916
GAP-daftar
 
*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.
GAP-contoh whatsappLangkah 4.2
Pengesahan Bayaran GAP untuk Akaun Bersama
Akaun bersama GAP antara ibu/bapa dan anak-anak juga disediakan.
E-mel/WhatsApp/WeChat/SMS butiran pembayaran dan maklumat berkenaan anda seperti di bawah kepada pihak Public Gold.
1. E-mel                                      : gap@publicgold.com.my
2. WhatsApp/WeChat/SMS : +6017-486 6916

GAP-daftar-akaun-bersama

Kalau anda baru kali pertama membeli emas Public Gold, boleh letak nama saya sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) dan cc kan email payment kepada azizizeck.publicgold@gmail.com kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Introducer kod saya PG047225, Azizi bin Zakaria.
 
Langkah 5: 
Simpan Slip Bayaran
Penyata GAP anda akan dikemaskini dalam masa 48 jam waktu bekerja selepas bukti pembayaran disahkan oleh pihak Public Gold.
Kemudian anda akan menerima email daripada Public Gold. Email ini mengandungi Public Gold Username=PG code anda (format PG000xxxxx).
 
Langkah 6:Kemaskini Penyata GAP
Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan. Current Balance dan Available Balance akan dinyatakan dalam penyata GAP.
I. Current Balance (baki emas yang melingkungi cek belum dijelaskan)
II. Available Balance (baki emas tanpa cek belum dijelaskan)
Anda boleh menyemak penyata GAP anda dengan log in ke laman web Public Gold:
www.publicgold.com.my
 
Untuk update belian emas melalui GAP selepas pembelian pertama boleh lihat caranya klik ===>>> Cara Membeli Emas Dengan GAP.
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
~ Azizi Zakaria
~ 017 346 0604
~Authorised Dealer Public Gold
~ PG 047225

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *