PREMIUM EMAS

(Update 31/01/2021)

Caj Gold Premium sebenarnya kos Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold (serta cawangan Pos Ar-Rahnu) terdekat seluruh Malaysia, Singapore atau Indonesia. Kalau dulu, caj ini dinamakan “transportation cost”.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.

KENAPA KENA TEMPAH DARI TURKI?

Mulai pada bulan Disember 2014, Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery dari Turki untuk mencetak semua jongkong emas Public Gold. Ini website Nadir Metal Refinery http://www.nadirmetal.com.tr/kalite_e.htm

Nadir Metal Refinery merupakan ahli LBMA (London Bullion Market Association) Website LBMA klik http://www.lbma.org.uk/lbma-gold-price. Ini membolehkan produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia.

Kelebihan:
1. Jongkong Emas Public Gold yang dicetak oleh Nadir Metal kini diiktiraf di seluruh dunia.
2. Jongkong Emas Public Gold ini TIDAK DIKENAKAN GST.

Jadi, pelabur emas Public Gold tidak perlu risaukan caj tambahan GST sebanyak 6%.

Untuk contoh pengiraan; Gold bar 1 gram pada harga belian adalah RM265. Dicampur dengan premium sebanyak RM10, Jadi jumlah bayaran ke pada Public Gold ialah RM275.

Kalau nak withdraw emas dari Akaun GAP juga akan dikenakan premium. Contohnya, jika nak keluarkan 1gram sebanyak 4 keping, maka 4 keping 1gram x RM10 (GP) = RM40.

Jadi anda kena bayar RM40 sewaktu ambil emas tersebut di cawangan Public Gold. Jika nak keluarkan 20 gram sekeping, premium yang anda akan bayar cuma RM20 sahaja.

Cara untuk kira spread & susut nilai boleh ke artikel saya di http://azizizakaria.com/bagaimana-kira-spread-emas/

Show Buttons
Hide Buttons