SAP – Silver Accumulation Program

SAP

 

Public Gold adalah syarikat Malaysia yang pertama melancarkan Program Pengumpulan Perak (SAP-Silver Accumulation Program) yang membolehkan orang ramai untuk mengumpul Silver/Perak fizikal secara sedikit demi sedikit pada harga serendah RM100 sahaja sebagai cara untuk melindungi harta benda mereka. Tapi untuk pembelian yang patuh syariah, minima pembelian adalah 250gram kerana pembelian bersandarkan fizikal yang ada dijual. Produk Perak fizikal yang dijual minima yang ada adalah 250gram.

 

 sap-harga

 Untuk mengetahui harga perak terkini Public Gold, boleh masuk ke website Public Gold.

Public Gold SAP adalah 100% disokong oleh perak fizikal, orang ramai boleh mengeluarkan Silver/Perak yang terkumpul dalam bentuk fizikal di semua cawangan Public Gold berhampiran.

Ciri-ciri dan kelebihan

– Pengumpulan perak fizikal dengan ketulenan Ag999  dalam berat (gm).

– Minimum RM100 dalam gandaan RM50 untuk mengumpul perak anda.

– Memaksimumkan nilai wang anda dengan penukaran kepada penurunan berat sehingga 3 titik perpuluhan (contohnya 0.001gm.).

-100% Perak fizikal diperuntukkan dengan yuran penyimpanan diketepikan.

– Pengeluaran minimum 250gram perak fizikal.

– Akaun Bersama Ibu Bapa & Anak di sediakan.

– Arahan tetap Bulanan turut disediakan.

== Kepada yg berminat untuk memulakan simpanan perak ini, anda boleh hubungi saya. ==

———————————-
Azizi Zakaria 
Authorised Public Gold Dealer (Introducer PG047225)
+60173460604 (call/msg/WhatsApp)

 

Comments

  1. FARIS HAKIM

    Assalam,brother Azizi.
    Saya baru join PG dan besok saya nak beli perak 1 gram melalui SAP.Soalannya sekarang,jika saya dah beli perak dan lepas 5 tahun saya jua online,ada ke orang yang nak beli?2nd)Kenapa saya jarang baca blog2 tentang SAP ni…mereka asyik sebut pasal Gold Accumulation Program (GAP)?Thanks

    1. Post
      Author
      Azizi Zakaria

      Waalaikumsalam Tuan Faris Hakim.

      Peminat Perak pon ramai juga dan ada pembelinya. Cuma kalau jual pada kedai-kedai emas mereka jarang ambil melainkan kita jual semula pada Public Gold. Tuan Faris boleh juga rujuk website mentor dan master dealer saya Mohd Zulkifli http://bit.ly/mzsilver untuk mengetahui tentang silver/perak. Kenapa di website banyak menyebut GAP? bukan SAP? Fitrah manusia lebih suka pada Emas. Sebenarnya silver/perak harga lebih murah dari emas cuma bagi pendapat saya jika kita mahu menyimpan nilai harta kita lebihkan simpanan 70% emas, 30% silver. Kalau harga silver naik, 30% simpanan silver tu insyaAllah boleh pintas kenaikan harga emas.

  2. FARIS HAKIM

    Alhamdulillah,,,skang baru faham..so,ape nasihat abng untuk saya sbgai beginer ni,,,perlu tak saya start beli rm100 SAP then simpan slma 5 tahun,,,kmudian jual kpada public gold?Untung x?Trima kasih

    1. Post
      Author
      Azizi Zakaria

      Sebagai orang islam, Emas dan Perak jika hendak beli mestilah patuh syariah. Sebarang pembelian emas/perak mestilah ada fizikal. Dalam kes GAP, paling minima untuk beli adalah 1gram kerana ada gold bar 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram. Bagi SAP pula, minima untuk beli untuk patuh syariah adalah 250gram. Produk Perak 100gram & 10dirham telah tidak ada lagi. Jika mahu beli SAP harga 100gram x 2.5 = 250gram.
      Maka sebab itu lebih sesuai membeli GAP kerana ada GoldBar Fizikal 1gram. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *