Takut Nak Bermula

Dalam kehidupan kita ini, setiap orang memang akan rasa takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Takut adalah sebuah perasaan dimana seseorang menjadi tidak sanggup dan tidak berani menghadapi atau melakukan sesuatu kerana risiko tertentu. Seperti kita mula bersekolah dulu, masa nak kesekolah macam excited ada, takut pon ada kerana biasa dengan ibu je kat rumah. Tiba-tiba kena ke sekolah pula. Tapi bila dah kesekolah, kenal cikgu, kenal kawan rasa tak sabar nak kesekolah setiap hari.

“Ketakutan adalah wajar, bila yang ditakutinya adalah sesuatu yang perlu ditakuti. Sebaliknya, takut akan bermasalah bila yang ditakutinya sesuatu yang tidak patut ditakuti. Oleh karena itu, kita harus pandai mengelola rasa takut.”

Jadi sebenarnya rasa takut ini harus dikelola, bukan dihilangkan. Adapun langkah-langkahnya adalah sebagai berikut.
Pertama, jauhkan sejauh-jauhnya memori buruk, dan ketakutan yang berlebihan dalam fikiran kita, karena biasanya memori itulah yang selalu menjadi sebab kenapa kita takut akan sesuatu.
Kedua, pupuklah terus fikiran kita tentang keberhasilan, kesuksesan dan kebahagiaan, apabila kita melakukan sebuah pekerjaan.
Ketiga, bangkitkan optimisme dalam diri kita bahwa kita akan berhasil.
Keempat, selalu berusaha semaksima dan senantiasa memohon pertolongan dari Allah Swt.

Dari segi simpanan emas pula, ramai yang takut kena scam, emas hilang, emas palsu dan lain-lain. Tapi selagi tak bermula menyimpan emas, kita takkan tahu bagaimana nak menyimpan emas dengan betul dan mengikut saluran yang betul. Nak menyimpan emas ni tak susah sebenarnya. Cuma kena tahu yang simpan emas/perak ni sebenarnya tiada pulangan bulanan melainkan bisnes emas atau jadi dealer emas yang aktif. Tak aktif memang tak merasa la keuntungan jadi dealer emas kan. Hanya boleh untung simpan emas je la…

Salah satu sebab takut juga adalah kerana tak mau keluar dari comfort zone. Rasa dah cukup dengan apa yang ada. Dulu pon saya seperti itu. Rasa dah selesa dengan gaji yang ada. Bonus dan kenaikan gaji setiap tahun. Namun selepas terpaksa diberhentikan kerja kena MSS-Mutual Separated Scheme pada 15/9/2015 kerana minyak naik dan industri O&G yang makin suram projek, bagai rasa ditempeleng untuk sedar bahawa langit tak selalu cerah. Seiring dengan kenaikan harga minyak, harga emas pon mengalami kenaikan. Maka, denga sedikit pampasan yang ada, setelah diasingkan sedikit saya menyimpan 100gram sebagai simpanan emas tetap. Jika dibiarkan dalam bentuk wang kertas atau dalam akaun bank, jawabnya ditarah sikit demi sikit la. Selepas itu hingga sekarang, saya aktif menjadi dealer untuk membimbing orang ramai menyimpan emas bersama Public Gold. Jika saya masih tidak diberhentikan kerja, tak menyimpan emas pula mungkin saya pon takut nak mula menjadi dealer emas. Sebenarnya takut tu bagus, cuma jadikan ia satu batu loncatan untuk bermula sesuatu yang hebat. Saya belom hebat, namun saya bermula untuk menjadi hebat seperti mentor2 saya. Saya masih belajar dengan mentor2 yang betul.

Jika takut, mana mungkin Public Gold yang ditubuhkan dari tahun 2008 mempunyai 16 cawangan di Malaysia, 1 cawangan Singapura & 1 cawangan Jakarta. Senarai cawangan di Malaysia boleh klik https://publicgold.com.my/index.php/branch.

Jangan biarkan ketakutan untuk mula menyimpan emas membelenggu diri anda. Mulakan dari SEKARANG!
Gambar bersama Founder Public Gold – Dato’ Louis Ng
Azizi Zakaria
19/9/2017
10:08AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *