TARGET SIMPANAN EMAS

Dengan simpan emas saya berjaya capai target saya setiap tahun. Sebenarnya dari awal tiadalah saya merancang apa hendak digunakan emas ini semasa mula menyimpan emas.

Tetapi dengan emas saya dapat capai target saya.


2017 – Tukar motosikal kerana motosikal lama dah terlalu uzur (pernah motor rosak di tengah plus highway)

2018 – Buat plaster siling rumah, wiring, lampu led kerana wiring rumah yang telah duduk lebih 10 tahun dah banyak yang rosak.

2019 – Berjaya selesaikan “Full Settlement” hutang peribadi dengan Bank. Telah jimat kurang lebih RM12 ribu jika teruskan bayaran setiap bulan selama 4 tahun lagi.

Nampak macam saya rugi kerana jual emas simpanan saya kan. Tapi dengan emas saya dapat gunakan di masa sesak dan selesaikan hutang saya.

Anda bagaimana?

Apa yang anda dapat capai selama anda menyimpan emas?

#NotaEmasAziziZeck

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *