Tips Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

100gram-2

(UPDATE OCT.2016)
Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kadang-kadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan. Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar, 1/2 dinar atau 1gram goldbar. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – BELI JONGKONG EMAS 1 GRAM

Untuk tahun 2016, item paling kecil yang Public Gold keluarkan (untuk pembelian kaedah biasa) ialah goldbar 0.5gram dan 1gram. Ia antara item terbaik untuk bermula. Kalau ada duit dalam RM215 pun dah boleh beli 1gram sekarang ni. Selain cantik ia juga mempunyai banyak variasi 1gram seperti yang terbaru 1gram Ayam(Rooster). Untuk melihat variasi yang lain boleh lihat di website www.publicgold.com.my. Klik pada Product > Gold > LBMA Gold Bar.rooster

 

#2 – BELI SYILING EMAS 1 DINAR

Syiling emas paling kecil yang Public Gold keluarkan (untuk pembelian kaedah biasa) selain goldbar 1gram ialah syiling 1 dinar dan 1/2 dinar. Ia antara item terbaik untuk bermula. Kalau ada duit dalam RM788.00 pun dah boleh beli 1 dinar sekarang ni. 1/2 dinar harga retail pulak baru RM460.00 Public Gold telah memperkenalkan item dinar baru yang diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association), yang kalis GST.
dinar
Dinar 999.9 dengan pengiktirafan LBMA
Selepas produk LBMA dikeluarkan, pihak public gold & pengedar tidak lagi menjual dinar emas 916 22k….. hanya boleh menjual balik sahaja (buy back)…jadi rare item dah.
10dinar pokli
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ni, tapi coin dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 6% i.e. terendah di Malaysia. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Senarai cawangan boleh klik disini. atau masuk website www.publicgold.com.my > About Us > Where to buy > Branches.

#3 – BELI EMAS SECARA GAP – #1gram1bulangap-product_azizi

Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Lebih-lebih lagi jika kita disiplinkan diri membeli #1gram1bulan. Sedar tak sedar cukup setahun dah ada 12 gram. Jika nak beli terus 10gram contohnya, kita akan rasa terlalu banyak nak bayar. Beli secara kecil-kecil dahulu sehingga kita kumpul gram yang kita ingini baru lah keluarkan dari akaun GAP. (Minimum tinggalkan 1gram dalam akaun GAP untuk akaun kekal aktif. Jika keluar semua dan nak mula semula GAP, akan didenda RM50)

Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item.Contohnya, kalau beli gold bar 1 gram dengan kaedah biasa (lock harga atau cash & carry), harga hari ni kita perlu bayar RM215. Tapi kalau beli menggunakan kaedah GAP, kita hanya perlu membayar RM186 + RM5 gold premium. RM5 tu kita cuma bayar masa nak ambil emas tu nanti di office Public Gold.

new-price

Jadi kalau nak beli emas, cuba bandingkan dulu harga GAP dengan harga emas per item yang dipaparkan di website Public Gold. Kalau harga GAP lebih rendah, lebih baik beli cara GAP. Harga GAP disemak mengikut harga jam 12.00 malam setiap hari, sedangkan harga per item disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

gap-saving

Cara-cara hendak membuat pembelian GAP boleh klik di sini http://azizizakaria.com/cara-membeli-emas-dengan-gap/

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Introducer kod saya PG047225, Azizi bin Zakaria.

Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
fb-profile
Azizi Zakaria | 0173460604 | Authorised Dealer PG047225
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *