TRAVELOG PG GOLDEN TOUR

Jumaat 15/12/2017 – Kami memilih untuk menaiki bas sahaja dan tak tidur di hotel kerana boleh jimat banyak masa dan tak perlu ambil cuti pada hari jumaat. Kerana selepas ini kami akan terus ikut aktiviti di PG Golden Tour pada hari sabtu dan ahad. Setelah je masuk solat isyak, kami pon mula bergerak ke TBS dari sentul yang akan menaiki bas di TBS untuk ke Penang. Dari sentul menaiki Rapid LRT terus ke Bandar Tasik Selatan. Setelah sampai kami terus claim tiket bas kerana sudah beli secara online. Bas yg dijadualkan jam 11.30malam telah delay 1/2jam dan hanya jam 12 baru bas bergerak menuju ke penang.

Hari Pertama – Sabtu (16/12/2017)

– Bas yang kami naiki singgah ke Ipoh dan Butterworth untuk turunkan penumpang. Kami sampai ke Terminal Sg Nibong Penang jam 5.30pagi. Ramai juga yang berada di stesen. Kami pon bergilir-gilir mandi untuk jaga beg dan selepas itu solat subuh di surau.
– Kami ke PG HQ di bayan lepas menaiki uber. Sampai ke PG HQ jam 8.00pagi sambil menunggu pintu pagar dibuka. Saya yang bertugas sebagai komitee pada Golden Tour kali ini bersama Cik Norhafizah yang baru juga tiba ke HQ.
– Bersarapan dan berkumpul di lobby. Sambil grab promotion pgmall.my untuk lucky draw. Hanya beli RM30 dah layak untuk lucky draw.


– Photo Session ramai-ramai bersama Founder PG Dato’ Wira Louis Ng dan Datin Wira.
– Internal tour HQ PG setiap department mengikut group. Saya diberi amanah bersama Group B dengan Mr Harrison.

Bergambar bersama Dato’ Wira & Datin Wira di dalam biliknya.

– Masuk ke bilik meeting untuk presentation PGmall.my & Public Gold Intro.

– 11.30am-1tghari_ Sesi Dream Car. Bergilir-gilir mengalami pengalaman yang hebat menaiki kereta Porsche Panamera & Rolls Royce (yang berharga RM2juta). 
– Sesi Lucky Draw PGMall dimana 5 leather bracelet dan 5 charms untuk dimenangi untuk pembeli di pgmall.my.
– Kumpulan dibahagikan kepada 2 bas. Saya bersama staff PG Ms Ming membawa peserta group “B”menaiki bas “B” manakala Norhafiza yang selaku komitee juga membawa peserta Group “A” menaiki bas “A”. Bergerak ke teluk kumbar untuk makan tengahari di Ayu Mee Udang dan bersolat di surau berdekatan.
– Selesai sahaja makan dan solat kami ke branch Relau untuk ke PG Safe. Kami berpeluang memasuki PG Safe & melihat secara live tempat simpanan. Peserta juga sempat untuk bersolat asar di surau branch relau.
– 6petang – Sebelum ke hotel kami singgah ke restoran 7 Benua untuk makan malam.

Selesai sahaja makan kami pon bergerak ke hotel Four Points Sheraton di Tanjung Bungah. Perjalanan agak jauh lebih kurang 1jam.
– 9malan – Check in hotel Four Point. Berehat untuk malam ini. Hotel ini  boleh dikatakan antara yang terbaik dan selesa. Hotel bertaraf 4 bintang.

Hari Kedua – Ahad (17/12/2017)

– Hari ke-2 untuk PG Golden Tour bermula dengan bersarapan di Hotel Four Point Sheraton. Seawal jam 7pagi peserta sudah boleh bersarapan. Semua peserta juga dikehendaki berkumpul pada jam 9pagi di lobby hotel membawa beg masing-masing untuk check-out.

Gambar bersama En Shafiq Rohaizad dan isteri, dealer dari kuching.
– Selesai check-out hotel kami semua bergerak menuju ke destinasi pertama kami “Penang Art Street” berdekatan Masjid Kapitan Keling. Dalam jam 10:25pagi sampai dan peserta berpeluang melihat Art Street yang mana ada beberapa mural tersebut seperti Kucing, Motosikal, Basikal yang diabadikan didalam variasi 0.5gram GoldBar PG.
– Alhamdulillah cuaca baik sepanjang hari. Kami pon terus ke destinasi seterusnya iaitu acara makan tengahari😋. Kena re-charge semula tenaga dan ini adalah makan terakhir yang sedap untuk trip ini. Tengahari ni kami makan di Restoran Kapitan di Gurney.
– Selesai makan tengahari semua peserta menghala ke Plaza Gurney untuk melawat Kiosk Aurora Italia dan juga bersolat. Ada yang mengambil peluang membeli Set Aurora dan Charm dan dapat free 0.5gram goldbar Aurora Privilege Card.
– Jam 3petang bas bergerak ke destinasi terakhir iaitu PG Gold Muzium. Setiap peserta melihat demo silver bar yang dileburkan menjadi cecair dan proses menjadikan ia jongkong. Peluang mempelajari sejarah emas dunia. Yang paling best, adalah acara mendulang emas. Setiap peserta bersungguh-sungguh mendulang emas mencari emas.
– Setelah itu, kami berpeluang untuk melihat dan memegang Jongkong Emas seberat 50kg dan Jongkong Perak seberat 30kg. Juga melihat emas-emas barang kemas dan aksesori emas.
– Selesai melawat muzium pula adalah acara shopping dan fire sale emas dan aksesori Public Gold dengan harga Diskaun khas untuk peserta. Semua peserta berkumpul di lobby Muzium untuk acara penyerahan sijil penyertaan PG Golden Tour dan acara yang dinanti-nantikan Lucky Draw Aksesori dan Gold Bar 0.5gram.
– Alhamdulillah akhirnya selesailah tugas saya dan Cik Norhafizah sebagai komitee Golden Tour kali ini. Lastly, kami berkumpul di hadapan Gold Muzium untuk group photo dan bergerak ke PG HQ untuk mengambil kereta masing-masing dan bergerak pulang.

Semoga berjumpa lagi semua…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *