Ukur Baju di Badan Sendiri

Artikel ini tiada kaitan dengan tempahan baju raya yang bakal menjelang tiba ini. Hanya sedikit perkongsian kepada pembaca-pembaca semua di musim perayaan. Musim-musim macam ni lah banyak betul offer yang susah nak ditolak. Dari baju, seluar, aksesori pakaian, aksesori kereta dan lain-lain. Dan tak lupa juga promosi beli kereta dengan diskaun yang tinggi.

Saya bukan ajen penjual kereta ye. Bagi saya, kereta hanyalah untuk bawa kami sekeluarga dari point A ke point B dengan selesa. Saya membeli kereta pertama saya pada tahun 2003 dan ianya kereta iswara aeroback. Boleh dikatakan saya agak menyesal selepas itu membeli kereta pada masa itu kerana ia telah ‘memakan’ separuh dari gaji saya untuk bayaran bulanan. Tapi kerana tiada ilmu kewangan , ianya menjadi pelajaran untuk saya.

Kereta Pertama dalam hidup saya.

Masa muda memang penuh dengan adrenalin untuk membeli sesuatu. Antara sebab saya membeli kereta tersebut kerana saya kena kerja di Tanjung Malim untuk projek kilang Proton. Maka ada sedikit elaun. Tu yang berani tu.. tapi selepas balik ke HQ di KL semula, baru ler rasa peritnya bayar kereta selama 7 tahun. Padahal boleh je saya bawa motor Kriss saya ke site. Lagi mudah dan kurang mentenen.

Pada tahun 2009, saya trade-in kereta iswara kepada MPV Toyota Avanza. Namun hanya beli kereta 2nd hand dan dapat jimat separuh jika membeli Avanza yang baru. Harga yang bagi saya amat sesuai dengan keluarga saya yang makin membesar. Hanya 1.3cc kapasiti enjin dan jimat minyak dan yang paling saya suka, bayar road tax RM70 je 🙂

Jika pergi bercuti, dengan 8 seater termasuk pemandu dan lebih besar dari iswara, ianya cukup selesa. Dengan pemanduan Auto juga memudahkan isteri yang pada masa tu sedang mengandung untuk memandu ke tempat kerja menempuh trafik jem.

Balik kepada topik, Sekarang ni ramai yang suka beli kereta melebihi kemampuan. Harga kereta je dah boleh beli sebuah rumah low-cost di KL. Padahal duk menyewa di flat DBKL. Belom kira nak bayar hutang-hutang keliling pinggang. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan pula kerana turutkan kehendak nafsu nak bergaya di Aidilfitri, sanggup berhutang sehingga 9 tahun. Dan kereta pula selepas beli terus jatuh harga.

Ada yang beri alasan, beli kereta baru ni aset masa depan (pernah dengar tak!). Boleh bawak UBER dan GRAB. Bagi diri saya, saya takkan jadikan kereta baru saya jadi UBER. Walaupon katanya boleh dapat pendapatan. Buat Uber akan memakan masa kualiti saya bersama keluarga (pengalaman menjual satay).

Sebelum beli kereta. Periksa kesihatan kewangan kita. Periksa DSR (Debt Service Ratio) kita.

Apa itu DSR?
“DSR MERUPAKAN JUMLAH KOMITMEN HUTANG KITA SETIAP BULAN (KERETA/RUMAH/PERSONAL LOAN/KREDIT KAD & SEUMPAMANYA) DIBANDINGKAN DENGAN PENDAPATAN BERSIH KITA (SELEPAS TOLAK EPF/SOCSO/ZAKAT/CUKAI).
Semakin tinggi DSR kita, bermakna sebahagian besar pendapatan kita digunakan adalah untuk membayar hutang.
Ini adalah faktor utama yang akan dilihat oleh pihak bank untuk menentukan jumlah kelayakan pinjaman kita.

Formula kiraan DSR adalah seperti berikut:

DSR = (Jumlah Hutang / Gaji Bulanan Bersih) X 100

Setiap bank telah menetapkan had DSR tersendiri seperti 60% & 70%. Untuk memudahkan kelayakan, sentiasa kekalkan DSR anda kurang daripada 50%.

Tetapi, walaupun DSR anda sudah melebihi had yang bank tetapkan peluang untuk pinjaman anda diluluskan masih ada.

Secara logiknya,
“ADAKAH BANK AKAN LULUSKAN PINJAMAN KITA JIKA BAYARAN BULANAN PINJAMAN RUMAH & JUMLAH HUTANG BULANAN KERETA RM5,000 SEBULAN, UNTUK PEMOHON YANG MEMPUNYAI PENDAPATAN BERSIH SEBANYAK RM5,000 SEBULAN?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *