Waris Tuntutan Emas Public Gold

(Kemaskini 11-Dec-2017)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca website AziziZakaria.com 

Antara soalan yang saya selalu terima berkenaan dengan simpanan emas GAP.

Bagaimana sekiranya si penyimpan meninggal dunia satu hari nanti? 

Satu soalan yang sangat bagus.

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

  • Sijil Kematian
  • Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)
  • Salinan IC pewaris
  • Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

Saya mempunyai pengalaman apabila Arwah Ayah saya meninggal dunia dan saya tidak meletakkan penama di Public Gold. Maka saya perlu ke pejabat tanah dimana ada satu pejabat harta pusaka kecil untuk kita membuat permohonan pembahagian harta pusaka si mati (arwah ayah). 

Nak tahu lebih lanjut prosedur untuk membuat tuntutan di pejabat pusaka kecil, boleh klik http://www.kptg.gov.my/ms/content/pembahagian-harta-pusaka-kecil 

Ini adalah Surat Perintah Mahkamah yang saya dapat dari Pusaka Kecil.

Selepas itu saya bawa ke cawangan Public Gold PJ dan beri segala dokumen yang diperlukan. Mereka proses dan keluarkan emas yang disimpan dalam Akaun Emas GAP si mati (arwah ayah saya). Hanya penama yang diberi kuasa dalam surat sahaja yang boleh keluarkan emas tersebut.

Semoga posting ini bermanfaat buat anda semua dan juga saya.

Mudah-mudahan pahala ilmu yang saya sampaikan ini mengalir bak air yang akan membantu saya di alam akhirat suatu hari nanti insya Allah.

Mudahan tuan-tuan dan puan-puan juga dapat perkara sama dengan sharing posting ini, Insya Allah.

  • Azizi bin Zakaria | PG047225
  • Authorised Dealer Public Gold
  • HP: 017 – 346 0604

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *